Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Abdul Aziz Ismail meninggal dunia akibat masalah pernafasan di kediamannya di Bangsar pada 10 pagi tadi.
Allahyarham berusia 76 tahun.
Anak keempat Allahyarham, Nik Ina Naslisa, 38, berkata ayahnya disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang dipanggil ke rumah.
"Saya tertidur di sofa sebelah arwah. Pukul 9 saya tersedar dan nampak pernafasan ayah tidak seperti biasa. Saya panggil anggota keluarga lain sebelum menghubungi paramedik.
"Tak lama kemudian paramedik tiba dan periksa arwah... paramedik sahkan daddy sudah tiada," katanya kepada Bernama.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar untuk urusan pengebumian dan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.
Allahyarham berkhidmat dengan kerajaan selama 33 tahun dan bekerja dengan Dr Mahathir sejak 1981 bermula sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Sulit sebelum dinaikkan pangkat kepada Ketua Setiausaha Sulit pada 1983.
Abdul Aziz bersara daripada perkhidmatan kerajaan pada Mei 2000.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 19 2019

Tan Sri Abdul Aziz Ismail meninggal dunia akibat masalah pernafasan di kediamannya di Bangsar pada 10 pagi tadi. - Foto BERNAMA
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tun Dr Mahathir meninggal dunia
Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Abdul Aziz Ismail meninggal dunia akibat masalah pernafasan di kediamannya di Bangsar pada 10 pagi tadi.

Cubaan seludup ketum ke negara jiran digagalkan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 240 kilogram daum ketum yang dianggarkan bernilai lebih RM21,600 di Pos Sahara, Padang Terap, Kedah pagi tadi.