Empat rakyat Malaysia yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf dan dibebaskan Rabu lepas, dijadual kembali ke Sarawak pagi esok, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.
Keempat-empat bekas mangsa culik itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Sibu pada 7 pagi, katanya kepada Bernama menerusi aplikasi Whatsapp di sini hari ini.
Pagi tadi, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata proses mengambil keterangan daripada kesemua mangsa untuk dokumentasi hampir selesai dan proses membawa mereka pulang akan diuruskan pihak polis.
Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29; sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 21, dan anak kapal bot tunda Wong Hung Sing, 34, yang diculik di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna pada 1 April lepas.
Pada 9 Jun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata kesemua mereka yang dibebaskan berada di Sandakan untuk pemeriksaan kesihatan.
Pada 10 Jun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata keterangan keempat-empat individu terbabit mula diambil sejurus mereka tiba di Kota Kinabalu dari Sandakan pada Rabu.
Awang Sahari meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pembebasan mangsa yang boleh mengelirukan orang ramai.
Bernama
Mon Jun 13 2016
ABDUL RASHID: Bekas mangsa culik dijadual kembali ke Sarawak pagi esok.
Kumpulan wanita protes kegagalan undang-undang India
Protes itu juga bagi menuntut keadilan kepada tragedi seorang doktor yang dirogol dan dibunuh di Kolkota pada 9 Ogos lalu.
Banjir: 20 maut, 5.2 juta penduduk terjejas di Bangladesh
Banjir itu disebabkan oleh hujan monsun tanpa henti sekali gus menyebabkan limpahan air sungai.
Tanah jerlus Masjid India: Dua kali 'flushing', mangsa belum dijumpai - DBKL
Indah Water Konsortium turut memulakan 'flushing' di lurang kumbahan 5 dan mengambil masa sehingga jam 2 pagi Isnin.
Hamas tolak syarat baharu Israel dalam rundingan gencatan senjata Gaza
Antara sebab penolakan itu ialah disebabkan Israel telah berundur daripada komitmen awal untuk menarik balik tentera dari Koridor Philadelphi.
Israel, Hezbollah berbalas tembakan, kebimbangan terus memuncak
Israel melakukan gelombang serangan awal di selatan Lubnan untuk menggagalkan serangan roket dan dron berskala besar oleh Hezbollah.
Giliran Nik Nazmi bentang profil kemudi KLFA
Selepas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tawar diri, kini Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam pula akan bertanding jawatan Presiden KLFA.
Tanah jerlus Masjid India: 72 jam berlalu tanpa petunjuk baharu
Operasi malam tadi, yang diselaras oleh pasukan IWK masih berjalan.
Tanah jerlus: Nga akan cadang pemetaan utiliti dalam mesyuarat KPKT
Nga Kor Ming akan mencadangkan PBT, agensi terlibat serta syarikat utiliti bekerjasama melaksanakan pemetaan utiliti bawah tanah.
PABM tidak puas hati pencapaian pelapis kebangsaan di SUKMA 2024
Sembilan rekod kebangsaan mungkin telah diperbaharui di pentas SUKMA 2024 yang berakhir semalam dan pencapaian ini sepatutnya menjadi khabar gembira buat PABM.
Inisiatif tingkat kesedaran berkoperasi dalam masyarakat diperluaskan - Ewon
Inisiatif meningkatkan kesedaran berkoperasi dalam kalangan masyarakat akan diperluaskan ke seluruh negara menerusi penganjuran MASKOP.
ESSCom sedia beri kerjasama penuh dengan Nadma hadapi bencana
Itu termasuk kesediaan menggerakkan keanggotaan serta aset-aset ESSCom yang diperlukan sepanjang tempoh kerjasama seperti ketika aktiviti dan latihan amali dijalankan oleh Nadma.
Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan sehingga 13 Dis
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 13 Dis, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashi
Esscom patahkan beberapa cubaan jenayah rentas sempadan
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya mematahkan beberapa cubaan penjenayah rentas sempadan untuk melakukan jenayah termasuk penculikan untuk wang tebusan, tahun ini.
Mangsa culik di perairan Pulau Gaya dibebaskan - Polis Sabah
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata mangsa sekarang berada di Lahad Datu bersama pihak polis.
Mangsa culik adalah warga Filipina, miliki dokumen IMM13 - Polis Sabah
Polis Sabah mengesahkan tiga kru kapal nelayan yang diculik di perairan Pulau Pom Pom, Semporna malam tadi adalah warga Filipina.
Perintah berkurung ESSZone dilanjutkan hingga 22 Julai
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Esszone yang berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 22 Julai, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.
Bekas mangsa culik Abu Sayyaf dijadual pulang ke Sarawak pagi esok - Polis
Proses mengambil keterangan daripada kesemua mangsa untuk dokumentasi hampir selesai dan proses membawa mereka pulang akan diuruskan pihak polis.
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 3 Mei - Pesuruhjaya Polis Sabah
Abdul Rashid berkata perintah berkurung berkenaan membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Culik: Polis Sabah akan ambil keterangan kru kapal warga Indonesia yang selamat
Mereka dilaporkan diculik kumpulan bersenjata yang dipercayai memintas kapal tunda mereka, ketika dalam perjalanan dari Filipina ke Indonesia.
Polis tunggu laporan penuh identiti kumpulan culik empat rakyat Malaysia di Sabah
Polis masih menunggu laporan penuh berhubung identiti kumpulan yang bertanggungjawab menculik empat rakyat Malaysia dalam kejadian di sempadan Pulau Ligitan, Semporna, Jumaat lalu.