Bekas pengurus pembangunan perniagaan sebuah bank di Batu Pahat mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan membabitkan rasuah dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA).
Tertuduh, Lai Chin Siang, 33 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor.
Mengikut kertas pertuduhan, Chin Siang dituduh secara rasuah menerima RM290,400 pada 10 April 2015 menerusi pemindahan bank daripada akaun Syarikat Pt Hup Sdn Bhd.
Ia sebagai upah untuk membantu dalam meluluskan pinjaman bank atas jualan lima lot kilang di Parit Sulong Batu Pahat yang bernilai RM15.1 juta.
Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (a) (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Chin Siang turut berhadapan dengan sembilan pertuduhan lain membabitkan AMLATFA 2001 dengan memindahkan sejumlah wang rasuah itu ke dalam akaun miliknya serta enam akaun individu berbeza pada 15 April hingga 18 Mei 2015.
Hakim menetapkan jaminan berjumlah RM40,000 bagi seorang penjamin, selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan diminta melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM negeri.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Farez Rahman dan Mahadi Jumaat.
Manakala tertuduh diwakili peguam, T. Vijaya Sandran dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Mac depan.
Astro Awani
Wed Feb 28 2018

Hakim menetapkan jaminan berjumlah RM40,000 bagi seorang penjamin, selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan diminta melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM negeri. - Foto Astro AWANI

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Notis kompaun SPRM: Wang diterima ITBM untuk penerbitan buku
ITBM yang juga antara entiti yang dikatakan menerima wang daripada 1MDB menjelaskan bahawa wang yang diterima adalah bayaran bagi khidmat penerbitan dan jualan buku.

Najib ditahan, berdepan 21 pertuduhan melibatkan wang haram
Ini tidak termasuk beberapa pertuduhan lagi yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Bekas pegawai bank mengaku tidak bersalah terima suapan
Bekas pengurus pembangunan perniagaan sebuah bank di Batu Pahat mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan babitkan rasuah dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA).

Pelaburan langsung, portfolio ke luar negeri cecah RM908 bilion setakat Jun 2017
Pelaburan langsung dan portfolio ke luar negeri oleh entiti Malaysia berjumlah RM908 bilion setakat Jun 2017, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.