Bekas pengacara dan personaliti televisyen terkenal, Aziz Desa, 50, meninggal dunia pada jam 10.50 pagi tadi di kediaman keluarganya di Langkawi, Kedah.
Berita tersebut disahkan oleh adiknya, Azri Desa, melalui satu status di Facebook.
Allahyarham yang nama sebenarnya Abdul Azid popular sewaktu pengacara beberapa rancangan bual bicara antaranya sewaktu mengendalikan program pagi Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3, disahkan menghidap masalah buah pinggang dan kencing manis Januari lalu.
Allahyarham antara pengacara pelopor program MHI pada tahun 1994, disifatkan antara pengacara yang disegani kerana kepetahannya berbicara.
Selain TV3, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pengacara bersama Astro Oasis melalui rancangan Zuriat Kita dan Dahsyat 13.
Profilnya dalam bidang penyiaran juga pernah dilebarkan sebagai penyampai radio di Radio Langkawi, yang merupakan kampung halamannya.
Difahamkan, Allahyarham juga seorang ahli perniagaan dan menguruskan dua buah syarikat, Aziz Desa Holidays & Consultancy dan Media Glokal Sendirian Berhad.
Madiha Abdullah
Sun Dec 27 2015

Allahyarham pernah menjadi pengacara beberapa rancangan bual bicara antaranya Malaysia Hari Ini. - Foto sumber Facebook

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Media sosial kenang pemergian Aziz Desa
Sebagai personaliti yang dianggap sebagai salah seorang pelopor bual bicara televisyen tempatan, pemergian Aziz Desa dirasai para peminat.

Bekas personaliti televisyen, Aziz Desa, meninggal dunia
Allahyarham yang meninggal di rumah keluarganya di Langkawi telah lama mengalami komplikasi buah pinggang dan kencing manis.