Menjadi seorang pesakit COVID-19 sudah tentu satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan, lebih-lebih lagi sehingga kini belum ada vaksin yang mampu mencegah virus misteri itu.
Namun ketika dunia dilanda panik serta keresahan, kisah bekas pesakit COVID-19 ini mungkin boleh membuka mata kita semua terutamanya rakyat Malaysia yang menghadapi kisah yang sama.
Rosli Dahlan, 58, yang juga seorang peguam tidak pernah menyangka beliau dijangkiti COVID-19.
Detik hitam dalam hidupnya itu bermula pada 2 Mac lalu selepas disahkan positif COVID-19.
"Masa itu rakyat dan orang awam masih takut, malah terdapat segelintir yang tuding jari dan sebagainya. Masa itu, perasaan sedih pun ada, ada yang mendedahkan identiti saya serta menimbulkan perasaan stigma.
"Jangan menunding jari, sebaliknya isu ini perlu ditangani sebagai masyarakat yang mempunyai ilmu. Dalam hal ini, saya rasa banyak yang kita (masyarakat) boleh lakukan, kalaulah saya dalam hospital boleh merasakan kekal positif, apatah lagi masyarakat di luar sana," katanya.
BACA: COVID-19: Malaysia catatkan 23 kes kematian, 235 kes positif baharu
Baginya, perkara yang perlu ada ialah keyakinan pada diri sendiri untuk melawan penyakit itu, serta sentiasa positif terutama ketika diletakkan di bawah wad isolasi.
"Orang tanya aktiviti apa yang saya buat, saya kata sebagai orang Islam waktu kita memang terjaga di mana sejak pagi kita solat subuh, zohor, asar, maghrib, waktu untuk kita membaca doa dan sebagainya, jadi saya tidak rasa masa di hospital selama 13 hari itu memeritkan.
"Selepas subuh saya membaca doa dan buku, kemudian membersihkan kamar serta menjawab email untuk tugasan. Jadi kalau saya dalam hospital boleh rasa still positive, jadi saya rasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini asalnya dari 18 Mac hingga 31 Mac dan apabila ianya dilanjutkan kepada 14 April, banyak benda kita boleh lakukan dan tidak harus merasa tertekan ketika berada di rumah," katanya lagi.
Malah sepanjang mendapatkan rawatan, Rosli amat bersyukur akan kepakaran perubatan yang dimiliki Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Di Malaysia ini, kita sangat bernasib baik kerana kerajaan berikan testing itu secara percuma. Di negara lain mereka perlu bayar, kalau positif dalam isolasi wad kerajaan Malaysia membayar sepenuhnya. Kita sangat bersyukur dengan Kementerian Kesihatan kita, Ketua Pengarah serta doktornya terutama yang jaga saya, Dr Yasmin, Dr Haikal, Dr Salina, Dr Najma dan Dr Arisa, mereka sangat bagus dan mempunyai sifat ihsan.
"Keadaannya tidak sama seperti di negara lain apabila ada pesakit yang diberikan khidmat rawatan, tetapi ada yang tidak seperti di Sepanyol, Itali dan sebagainya. Kita mempunyai antara sistem penjagaan kesihatan yang terbaik berbanding negara lain. Jadi hero-hero kita adalah semua petugas KKM, sikap mereka itu amat terpuji," kata Rosli.
Selepas 13 hari berada di wad isolasi, beliau dan isterinya akhirnya bebas daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan pulang pada 15 Mac lalu.
Kisah Rosli ini perlu diambil iktibar oleh masyarakat di luar sana agar tidak panik dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti disarankan kerajaan.
Jika anda antara yang dijangkiti, Rosli berpesan agar tidak berputus asa dan sentiasa berfikiran positif serta yakin akan kemampuan kerajaan kita dalam mendepani pandemik COVID-19 ini.
Fareez Azman
Thu Mar 26 2020
Rosli Dahlan, 58, yang juga seorang peguam tidak pernah menyangka beliau dijangkiti COVID-19.
Tokoh sukan bola keranjang Yeoh Choo Hock meninggal dunia
Tokoh sukan bola keranjang dan pentadbir sukan antarabangsa ternama Datuk Yeoh Choo Hock meninggal dunia pagi ini.
Kerajaan Selangor bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM3 bilion
Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM3 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri itu.
Luruan monsun: Ahmad Zahid nasihat orang ramai terus waspada mulai 19 Nov
Rakyat Malaysia diingatkan untuk terus berwaspada dengan fenomena luruan monsun yang dijangka berlaku pada 19 sehingga 23 November ini.
Kanada beri amaran terhadap situasi kemanusiaan 'Bencana' di Gaza
Dalam satu kenyataan, Joly merujuk kepada laporan oleh Jawatankuasa Kajian Kebuluran yang dikeluarkan pada 8 Nov, yang menekankan kemungkinan besar kebuluran akan berlaku di kawasan utara Gaza.
Pegawai agensi kerajaan negeri antara ditahan SPRM lindungi kegiatan punggah keluar hasil galian
Seorang pegawai agensi kerajaan negeri antara tiga individu ditahan dalam serbuan oleh SPRM kerana disyaki terbabit rasuah bagi melindungi kegiatan memunggah keluar hasil galian.
Hujan lebat landa Kuala Lumpur, DBKL pantau situasi semasa
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang memantau situasi semasa di beberapa kawasan yang dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat di ibu negara, pada petang Jumaat.
Lancar inisiatif AI, sokong peranan positif di media sosial
Astro memperkenalkan inisiatif terkini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memupuk keterlibatan positif di media sosial dengan kerjasama pelakon siri Astro Originals, Project; Exit, iaitu Mierul Aiman dan Shasha Abedul.
Lubnan alami kerugian ekonomi hampir 5.1 bilion dolar sejak konflik
Bank Dunia menganggarkan perang di Lubnan setakat ini menyebabkan kerugian ekonomi hampir 5.1 bilion dolar Amerika kepada negara itu.
Rumah berharga RM300 ribu - RM500 ribu paling banyak tidak terjual
Kediaman berharga RM300,000 hingga RM500,000 menjadi perumahan paling banyak tidak terjual, demikian menurut laporan terkini Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
Bebas COVID-19 tidak semestinya terlindung sepenuhnya - Pakar
Bekas pesakit COVID-19 tidak akan terlindung sepenuhnya daripada mendapat semula jangkitan virus itu.
Bekas pesakit COVID-19 kongsi pengalaman kepada masyarakat
Namun ketika dunia dilanda panik serta keresahan, kisah bekas pesakit Covid-19 ini mungkin boleh membuka mata kita semua terutamanya rakyat Malaysia yang menghadapi kisah yang sama.