Parti Amanah Negara (Amanah) belum memuktamadkan sebarang pendirian parti itu berhubung cadangan supaya usul Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) dibentangkan di Parlimen.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat parti akan datang sebelum memutuskan pendirian berhubung perkara berkenaan.
Katanya, tumpuan Pakatan Harapan (PH) ketika ini adalah untuk menyelamatkan dan memulihkan Malaysia dari beban hutang selain membanteras rasuah dan penyelewengan berikutan pembongkaran yang ditemui amat mengejutkan.
"Ini (masalah hutang negara) tumpuan paling utama sekarang. Soal RUU 355 kita akan bincang dari masa ke semasa dalam parti Amanah dan Pakatan Harapan.
"Tetapi, perkara yang perlu disegerakan adalah masalah ekonomi, masalah kehidupan rakyat, menyelamatkan dari kita terjerumus ke kancah seperti Greece.
"Saya yakin kita tak akan sampai ke tahap itu. Tetapi, kalau tersilap langkah, kita akan pergi ke arah seperti itu, maka rakyat dan semua kita akan menderita," katanya merujuk keadaan ekonomi di Greece.
Beliau berkata demikian kepada media pada majlis berbuka puasa di kediamannya di Kampung Guar Petai, dekat Tasek Gelugor, pada Ahad.
Mohamad diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menggesa bekas pemimpin Pas yang kini Ahli Parlimen Amanah menunaikan janji bagi membolehkan RUU 355 dibentangkan di Parlimen.
Mohd Amar berkata, sebelum ini, pemimpin Amanah mendakwa perlu membentuk kerajaan terlebih dahulu untuk membolehkan mereka bersuara di Parlimen.
Usul persendirian RUU 355 itu tidak dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat pada April lalu walaupun berada dalam aturan mesyuarat bagi mendahulukan urusan kerajaan yang lain selaras dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat 15(1).
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menetapkan sesi perbahasan RUU 355 akan berlangsung pada sidang Dewan Rakyat akan datang, yang dijangka diadakan pada Julai ini.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon May 28 2018

Mohamad Sabu menyampaikan ucapan pada Majlis Berbuka Puasa di kediaman peribadinya di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, 27 Mei, 2018. --fotoBERNAMA

Masjid, surau bukan tempat sebar dakyah songsang - Sultan Nazrin
Sultan Perak tegur segelintir pihak yang salah guna masjid bagi menyebar dakyah fitnah serta berkepentingan politik kepartian.
‘STEM Talent in the Age of AI’
As Malaysia prepares for an AI-driven future, STEM education and workforce readiness play a critical role. Rushdi Abdul Rahim (MIGHT) and Mohamed Firouz Asnan (UTP) discuss evolving industry expectations, AI readiness, and the strategies needed to develop a future-proof talent pool.

Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1 tengah hari
Negeri-negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

PM Anwar lakukan lawatan kerja dua hari ke Vietnam - Wisma Putra
Perdana Menteri Anwar dijadualkan menyampaikan ucaptama di ASEAN Future Forum (AFF) 2025.

Kejadian tikam di utara Melbourne, 4 remaja ditahan
Tiga lelaki cedera, manakala empat remaja ditahan susulan pergaduhan yang berakhir dengan insiden tikaman di utara Melbourne.

Industri gas global memainkan peranan utama dalam peningkatan permintaan tenaga dunia - IGU
Industri gas global memainkan peranan utama dalam mengenal pasti cara baharu untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga dunia yang terus meningkat.

Kalau ada perkara yang saya rindu, ia adalah Old Trafford - Ten Hag
Sehingga kini, Ten Hag masih lagi jelas tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana kelab.

Restoran kari kepala ikan terkenal terbakar
Ketika kejadian restoran tersebut tidak beroperasi kerana kebanyakan pekerjanya sedang bercuti dan kebakaran tidak melibatkan mangsa.
Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI & digital - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa sama menegaskan, umat Islam perlu menyeimbangkan kemajuan teknologi dengan nilai-nilai kemanusiaan, akhlak, dan ihsan, seperti yang ditekankan dalam gagasan MADANI.
The worker and the future of AI-powered work in Malaysia
AI adoption in Malaysia is accelerating, reshaping jobs and productivity. With Budget 2025’s RM60 million investment in AI, how can employees and businesses navigate this transformation while ensuring sustainable workforce growth?

Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.

92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.

Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.

PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.

PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.

Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.

Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.

Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.