Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan rasa kesal khususnya terhadap individu beragama Islam yang terlibat dalam gejala rasuah walaupun amalan itu secara jelas ditegah oleh agama.
Katanya, ramai yang menekankan tuntutan agama untuk melakukan perkara wajib serta menjauhkan perkara yang dilarang, tetapi tidak ambil berat betapa besarnya dosa akibat rasuah.
"Di sinilah kita perlu melihat semula apakah sistem nilai kita, di mana kesedaran bahawa rasuah dan salah guna kuasa itu jijik dan dibenci oleh Islam dan nilai-nilai sejagat.
"Tanpa kesedaran ini, kita akan terus melakukan rasuah dan salah guna kuasa dan turut tidak berasa hina atau memandang hina kepada mereka yang melakukannya," kata beliau ketika menyampaikan Amanat Khas kepada para penjawat awam negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.
BACA: 'Saya pun kecewa dengan dia orang' - Tun M komen kenyataan Nurul Izzah
Dr Mahathir turut mengingatkan penjawat awam supaya mengikis mentaliti materialistik, suka jalan mudah dan ingin cepat kaya kerana ia boleh membawa kepada amalan rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.
Tambah beliau, rakyat juga seharusnya mempunyai kesedaran tentang bahaya gejala rasuah terhadap keutuhan dan kemajuan sesuatu bangsa.
Katanya, selain daripada usaha, program dan peraturan untuk mengekang amalan rasuah dan salah guna kuasa, kesedaran juga merupakan perkara utama dalam mengatasi 'penyakit' tersebut.
"Sesuatu bangsa, sejarah telah menunjukkan betapa empayar-empayar Islam yang begitu gah jatuh dan musnah. Ia tidak bermula dengan perbuatan musuh-musuh Islam, sebaliknya ia bermula dengan dengan salah guna kuasa dan rasuah.
"Apabila rasuah dan salah guna kuasa berleluasa, maka kekuatan empayar-empayar ini semakin hari semakin berkurangan sehingga musuh-musuh Islam berjaya menakluk dan menjatuhkan mereka," tambahnya.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Mar 25 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan Amanat Khas kepada para penjawat awam negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [18/11/2024] – Ganggu proses siasatan | Tahun Enam & Tingkatan Tiga | Ekonomi Biru
Tumpuan AWANI Borneo 16 Nov 2024 bersama Nickyson Nyambar
- MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video libatkan ADUN
- Sarawak laksana penilaian standard pelajar DLP mulai tahun depan
- OTEC bakal sumbang tenaga elektrik 20,000MW di Sabah
#AWANInews
- MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video libatkan ADUN
- Sarawak laksana penilaian standard pelajar DLP mulai tahun depan
- OTEC bakal sumbang tenaga elektrik 20,000MW di Sabah
#AWANInews
Regatta Lepa dijangka libatkan penyertaan Indonesia
Regatta Lepa kali ke-29 tahun ini dijangka akan melibatkan penyertaan dari negara jiran Indonesia dan beberapa daerah lain di negeri ini.
[TERKINI] Sabah Mineral Management kesan salah laku bekas CEO
Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) mengambil tindakan undang-undang berikutan penemuan salah laku membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Jontih Enggihon.
Tiada kompromi, rakyat Malaysia guna laluan haram ke Thailand akan ditahan - Polis
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya kini menguatkuasakan Seksyen 5 (2) Akta Imigresen bagi mengelakkan lebih banyak kes jenayah termasuk penyeludupan dadah atau senjata api
Perancangan jangka masa panjang diperlukan - Shafie
Belanjawan Sabah 2025 yang dibentangkan di bangunan DUN Sabah pada Jumaat lalu disifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai penyelesaian jangka pendek.
Proses Surat Setuju Terima sedang dijalankan
Kajian kebolehlaksanaan Projek Transborneo Railway selesai pada oktober 2024 dan proses penyediaan Surat Setuju Terima (SST) sedang dijalankan.
MAVCOM luluskan laluan ke Ipoh, Balik Papan & Kunming dari Kuching
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah meluluskan beberapa laluan penerbangan baharu bagi Airasia Berhad yang meliputi laluan domestik dan antarabangsa.
Bekalan elektrik kepada Sabah dijangka suku kedua 2025
Bekalan elektrik kepada Sabah menerusi perjanjian pertukaran tenaga antara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) berkapasiti 30 megawatt dijangka mula beroperasi pada suku kedua tahun 2025.
Sarawak berharap SPP akur desakan utamakan calon tempatan
Sarawak berharap Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan akur dengan desakan untuk mengutamakan calon tempatan bagi mengisi 1,733 kekosongan guru di negeri ini.
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
'Berdosa tapi buat juga' - Tun M kesal umat Islam terlibat rasuah
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan rasa kesal khususnya terhadap individu beragama Islam yang terlibat dalam gejala rasuah walaupun amalan itu secara jelas ditegah oleh agama.