Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata beliau tidak bercadang untuk memegang jawatan ketua eksekutif negeri itu untuk tempoh yang lama.
"Berilah kepada saya lima tahun sahaja lagi. Apabila berakhir tempoh lima tahun itu, saya akan berusia 76 tahun. Saya tidak mahu meneruskannya lagi.
"Sekarang, saya dah jadi Ketua Menteri lebih setahun. Saya sudah buat itu dan ini. Tetapi, saya mahu buat banyak lagi untuk manfaat negeri ini dan rakyatnya," katanya ketika melancarkan kerja menaik taraf tiga projek jalan raya berharga RM100 juta yang dibiayai kerajaan negeri di sini.
Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 2011 dan penggal dewan undangan negeri semasa yang mempunyai 71 kerusi akan berakhir menjelang Jun tahun depan.
Projek itu melibatkan kerja menaik taraf Jalan Datuk Stephen Yong yang menghubungkan Jalan Batu Kawa kepada lebuh raya dua hala empat lorong daripada lebuh raya dua lorong sehala yang ada sekarang; pembinaan jalan bawah di Persimpangan Bertingkat Datuk Temenggong Abang Kapali Abang Akip; dan menaik taraf Jalan Kubah Ria (dari persimpangan lampu isyarat Semarakan) ke Bulatan E-Mart.
Adenan berkata Sarawak perlu melaksanakan lebih banyak projek infrastruktur dan kemudahan.
"Contoh terbaik ialah Lebuh Raya Pan Borneo, yang melibatkan kos RM15 bilion. Ia merupakan projek infrastrukur yang amat besar untuk kita daripada kerajaan persekutuan," katanya sambil menjelaskan bahawa lebih raya itu dijangka siap enam hingga tujuh tahun lagi.
Beliau berkata Sarawak juga merancang menambah elaun kebajikan untuk golongan yang memerlukan menjelang hujung tahun ini berikutan kenaikan kos sara hidup, di samping meneruskan usaha mendapatkan penurunan kuasa kepada negeri ini.
"Oleh itu, saya berharap rakyat Sarawak akan memberi kepada saya lima tahun lagi. Berilah mandat kepada saya pada pilihan raya negeri akan datang supaya saya dapat menerajui negeri ini selama lima tahun lagi untuk mencapai semua itu," katanya.
Bernama
Wed Aug 19 2015
ADENAN: Berilah kepada saya lima tahun sahaja lagi, apabila berakhir tempoh lima tahun itu, saya akan berusia 76 tahun. Saya tidak mahu meneruskannya lagi.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Bapa tembak mati anak perempuan kerana kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Siasatan awal mendapati keluarga tersebut tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup, dan pergaulan sosial anak perempuan kelahiran Amerika Syarikat itu.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.