Ini realiti yang perlu diterima oleh rakyat Malaysia - Tam, iaitu badak sumbu Sumatera jantan terakhir di Malaysia telah disahkan meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Kematian badak sumbu Sumatera jantan itu disahkan oleh Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance (BORA), Datuk Dr Junaidi Payne kepada Astro AWANI, sebentar tadi.
Menurut Dr Junaidi, Tam yang berusia lebih 35 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Isnin akibat kerosakan buah pinggang dan hati.
"Bedah siasat ke natas Tam akan dijalankan tidak lama lagi. (Buat masa sekarang) kerosakan buah pinggang dan hati tekaan (punca kematian Tam) terbaik kami," katanya menerusi mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.
BACA: Selepas Puntung, sanggupkah Malaysia kehilangan Tam dan Iman?
Minggu lepas, Astro AWANI melaporkan tahap kesihatan Tam merosot selepas haiwan yang berada dalam perhatian pakar di Tabin, Sabah itu dilihat mula hilang selera makan dan kurang bertindak balas sejak April lalu.
Dr Junaidi berkata, Tam lebih banyak menghabiskan masa berehat di bangsalnya, berbanding melakukan rutin harian sebelum ini iaitu berkubang di dalam lumpur.
Untuk rekod, Tam atau nama panjangnya Kertam ditangkap di Ladang Kretam, sebuah kawasan kelapa sawit di Lahad Datu pada Ogos 2008.
Tam suka menghabiskan masanya di dalam lumpur dan makanan harian bagi spesies terancam itu adalah daun hutan segar, manakala makanan kegemarannya adalah pisang.
Kematian Tam menjadikan Malaysia kini hanya memiliki seekor badak sumbu Sumatera betina terakhir yang dikenali sebagai Iman.
Sebelum ini, pelbagai usaha telah dilakukan untuk melakukan proses persenyawaan antara Tam dan Iman, malangnya tidak berjaya kerana masalah usia yang dialami oleh Tam.
Malaysia, terimalah hakikat, satu lagi spesies istimewa sudah sampai ke garisan tamat populasi.
Hasimi Muhamad
Mon May 27 2019

Malaysia, terimalah hakikat, satu lagi spesies istimewa sudah sampai ke garisan tamat populasi. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita sedih buat Malaysia, Tam sudah tiada...
Kematian badak sumbu Sumatera itu disahkan oleh Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance (BORA), Datuk Dr Junaidi Payne kepada Astro Awani.