Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik sempat menyampaikan "pesanan terakhir" kepada masyarakat setempat di Tanjung Piai, dekat sini, dalam satu acara di Pontian Jaya, malam tadi.
Bapa saudaranya, Daud Sanusi, yang sama-sama berada ketika majlis itu menyifatkan ucapan Allahyarham malam tadi sedikit luar biasa berbanding majlis-majlis sebelum ini.
"Dalam ucapannya, beliau berpesan supaya masyarakat Tanjung Piai bersatu padu, jangan bercakaran sesama sendiri.
"Kita hendakkan negara kita makmur dan dia juga ada meminta maaf sekiranya belum sempat berkunjung ke kawasan di bawah parlimennya akibat kekangan tugas," kata bapa saudaranya yang berumur 62 tahun itu.
Beliau ditemui pemberita di perkarangan Unit Forensik, Hospital Pontian, di sini.
BACA: 'Itu kehendak Allah' - Ibu Md Farid reda pemergian anak sulung
BACA: Ahli Parlimen Tanjung Piai meninggal dunia
Allahyarham, 42, meninggal dunia di hospital berkenaan kira-kira pukul 6 pagi tadi, meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.
Sementara itu, adik kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) itu, Nor Hisham Md Rafik berkata dia mendapat tahu mengenai berita itu sejam selepas kali terakhir berjumpa Allahyarham.
"Saya dapat berita pada pukul 6 pagi, jadi saya terus ke hospital tapi tak sempat jumpa arwah.
"Kali terakhir kami jumpa pukul 5 pagi tadi.Allahyarham ada menyatakan hasrat untuk bercuti ke Tasik Banding," kata anak keempat dari tujuh adik beradik itu.
Allahyarham yang merupakan anak sulung itu, masih menjalankan khidmatnya sebagai wakil rakyat berjumpa kumpulan masyarakat setelah sampai ke rumah ibunya di Serkat kira-kira pukul 2 pagi tadi, selepas selesai majlis di Pontian Jaya.-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 21 2019

Allahyarham, 42, meninggal dunia di hospital berkenaan kira-kira pukul 6 pagi tadi, meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bersatu jangan bercakaran sesama sendiri, pesanan terakhir Dr Md Farid
Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik sempat menyampaikan "pesanan terakhir" kepada masyarakat setempat di Tanjung Piai dalam satu acara di Pontian Jaya, malam tadi.