Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan Sabtu dan Ahad lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis juga akan menyiasat kenyataan-kenyataan yang dibuat Dr Mahathir semasa perhimpunan itu, selain menghadiri perhimpunan tersebut.
"Kita akan panggil beliau... beliau telah membuat ucapan dan pelbagai tuduhan, kita pun nak tahu lebih lanjut apa maksud beliau, dari mana maklumat itu diperoleh.
"Contohnya kenyataan Tun katanya Ketua-ketua Bahagian UMNO telah dirasuah, jadi kita hendak tahu lebih lanjut... harap dia beri kerjasama," katanya semasa sidang media selepas perasmian Majlis Sambutan Peringatan Hari Pasukan Polis Marin ke-68 di Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, di Pelabuhan Klang hari ini.
Selain Dr Mahathir, polis menumpukan siasatan ke atas penganjur-penganjur dan orang kenamaan lain yang terlibat dalam Bersih 4.0 baru-baru ini.
Mengulas mengenai individu yang mula dipanggil ke Bukit Aman hari ini, ini jawapan beliau:
"Berani buat, berani tanggung. Sekarang sudah mula marah kita (polis). Saya sudah cakap hari itu jangan marah, sedialah hadapi undang-undang. Jadi beri kerjasama kepada kita (polis)," katanya.
Semasa Bersih 4.0 hujung minggu lalu, Dr Mahathir membuat kemunculan dua kali dalam perhimpunan itu.
Bekas Perdana Menteri itu turut diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
BACA: Tun Mahathir dan isteri hadiri Bersih 4
BACA: Bersih 4: Tun Mahathir 'jalan-jalan' di Pasar Seni
Rahimah Abdullah
Wed Sep 02 2015
Polis juga akan menyiasat kenyataan-kenyataan yang dibuat Dr Mahathir semasa perhimpunan itu.
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
Dua pegawai pejabat pendidikan direman bantu siasatan kes rasuah
Suspek lelaki dan wanita itu ditahan pada 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.
Kemalangan maut: Polis mohon saksi di Bandar Baharu tampil bantu siasatan
Kejadian melibatkan kereta jenis Honda Civic berwarna hitam dengan sebuah lagi kenderaan dipercayai lori.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Mac 2024.
Bekas pesakit mental ditahan bantu siasatan kes pengawal keselamatan maut
Polis menahan seorang lelaki yang juga bekas pesakit mental bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan yang ditemukan maut di sebuah tapak pusat perkhemahan Gunung Lang, di sini awal pagi
Kes penipuan pelaburan i-Serve, dua lagi ditahan
PDRM menahan dua lagi individu berhubung kes penipuan pelaburan i-Serve pada awal pagi Isnin.
Polis kesan tiga sekeluarga bantu siasatan kes dadah
Polis Diraja Malaysia sedang mengesan tiga sekeluarga bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.
SPRM nafi Justin Lim tidak diberi notis panggilan
SPRM menafikan dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Sersol Bhd, Datuk Justin Lim Hwa Tat bahawa dia tidak diberi sebarang notis panggilan untuk membantu siasatan.
Kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan, polis minta saksi salur maklumat
Penumpang belakang kereta Proton Saga Aeroback, seorang perempuan berumur 59 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.
SPRM sedang kesan Siti Liyana Sakijan bantu siasatan kes
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.
Saksi kemalangan di Pantai Sepat diminta tampil
Nahas terbabit melibatkan mangsa berusia 17 tahun itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas sendiri.