Biasiswa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)-Malaysia dilancarkan pada Jumaat bagi membantu golongan wanita di negara yang bergolak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata RM15 juta diperuntukkan di bawah biasiswa itu.
Beliau berkata pelajar yang dibantu antaranya ialah daripada Syria, Yemen dan Palestin untuk mereka meneruskan pelajaran dalam bidang seperti kejuruteraan awam, kaunseling, ekonomi, perubatan, perundangan dan teknologi maklumat.
"Ia merupakan usaha berterusan kerajaan Malaysia dalam memberi bantuan kepada rakyat di negara Islam yang terlibat dengan konflik.
"Mereka terdiri daripada anak-anak rakyat Syria yang telah berada di negara ini dan mereka yang berkelayakan yang akan dibawa dari luar negara.
"Mereka akan ditaja oleh pihak universiti sehingga mereka tamat belajar," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran biasiswa tersebut dan Sidang Kemuncak Wanita Islam Antarabangsa (WISE) 2016 di sini.
WISE dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), OIC dan World Islamic Forum.
Yang turut hadir di majlis itu ialah Timbalannya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Reaktor UIAM, Datuk Seri Zaleha Kamarudin.
Jamil Khir berkata dana untuk biasiswa tersebut merupakan hasil tajaan semua universiti awam di negara ini.
Sementara itu Zaleha berkata UIAM merupakan sekretariat kepada biasiswa berkenaan di Malaysia dan setakat ini 11 pelajar telah ditawarkan biasiswa itu yang meliputi bantuan yuran dan wang perbelanjaan harian sepanjang pengajian mereka.
Beliau berharap lebih banyak negara anggota OIC mengadakan usaha yang sama di negara masing-masing.
"Turki adalah antara negara yang telah menyatakan persetujuan bagi meneruskan program biasiswa tersebut dan menyasarkan kira-kira 1,000 pelajar wanita dapat dibantu dalam tempoh 10 tahun akan datang," katanya.
Bernama
Sat Sep 24 2016

RM15 juta diperuntukkan di bawah biasiswa itu untuk membantu pelajar dari negara seperti Syria, Yemen, dan Palestin. - Gambar fail
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Biasiswa OIC-Malaysia untuk wanita di negara bergolak - Jamil Khir
RM15 juta diperuntukkan di bawah biasiswa itu untuk membantu pelajar dari negara seperti Syria, Yemen, dan Palestin.