'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, pada Selasa.
Mengenai kicap 'ABC Saus Manis' yang didakwa menggunakan botol arak, Hakimah memaklumkan produk tersebut adalah tiruan dan tidak menggunakan logo halal Jakim.
"Produk tersebut dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdasarkan aduan orang awam," katanya.
Hakimah berkata produk 'ABC Saus Manis' yang asli dikilangkan di Indonesia dan mempunyai pengesahan halal daripada badan pensijilan halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf Jakim.
Bernama
Wed Jun 11 2014

Jakim: 'Bihun Istimewa' cap masjid tidak mempunyai sijil halal yang sah

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

'Bihun Istimewa' Cap Masjid India tiada sijil halal Jakim - Pengarah Hab Halal
Produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011.