Luar biasa.
Kebijaksanaan seorang anak muda berusia 20 tahun dari Malaysia berjaya membuatkannya terpilih untuk menerima biasiswa daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA).
Azhar Ali, melayakkan diri dalam kalangan 1 peratus skor terbaik dalam cabaran mereka cipta sut angkasa lepas untuk ke Marikh.
Merusi ciapan di laman Twitternya, Azhar mengakui terkejut selepas dimaklumkan menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah oleh NASA.
Menurutnya, dia tidak menyangka akan menerima tawaran biasiswa itu selepas menyertai cabaran reka bentuk sut angka lepas bagi misi Artemis pada 2024.
Dalam NASA Artemis Engagement 2020, lebih 3 juta orang peserta perlu mereka cipta sut angkasa untuk program Artemis, iaitu program di mana NASA akan menghantar angkasawan lelaki dan perempuan ke bulan pada 2024 kelak.
Rekaan Azhar memperoleh markah setinggi 96.77 peratus dengan kriteria yang merangkumi aspek kos, ujian lapangan serta logik dan konsisten.
Selain itu, turut ditawarkan untuk menjadi sebahagian dari Young Artemis Scientist.
Azhar turut mengajak setiap rakyat Malaysia yang berminat untuk turut menyertai program dan cabaran Citizen Scientists kendalian NASA.
Perkongsian Azhar mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan kejayaan itu sebagai satu kebanggaan negara dan mendoakan Azhar terus berjaya.
Antara lain, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaludin yang turut mempelawa Azhar untuk menyertai MOSTI serta para saintis muda untuk mendapatkan biasiswa berprestij kementerian itu.
Khairunnisa Kasnoon
Fri May 01 2020
Azhar Ali, melayakkan diri dalam kalangan 1% skor terbaik dalam cabaran mereka cipta sut angkasa lepas untuk ke Marikh
Pelabuhan Tanjung Pelepas terminal kontena pertama Malaysia kendali lebih 12 juta TEU
Pelabuhan Tajung Pelepas (PTP) menjadi terminal kontena pertama di Malaysia mengendalikan lebih 12.25 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam tempoh satu tahun pada 2024.
[INFOGRAFIK] Strategi Malaysia sebagai pengerusi
Berikut adalah info berkenaan dengan strategi Malaysia sebagai pengerusi.
Tumpuan Jumaat – 03 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
APEC kembali ke Korea Selatan selepas 20 tahun, tumpukan inovasi, pendigitalan, kemampanan
Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementarian Luar beri bantuan
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Trafik penumpang udara naik kepada 8 juta pada November 2024 - MAVCOM
Sektor penerbangan Malaysia telah mengalami pemulihan dan pertumbuhan mampan dengan trafik penumpang udara mencecah 8.0 juta penumpang pada November 2024.
ASEAN perlu ambil sikap neutral proaktif tangani kuasa-kuasa besar - Penganalisis
ASEAN perlu mengambil sikap berkecuali proaktif dalam menangani pertembungan kuasa-kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat dan China.
10 Berita Pilihan - (02 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Larangan merokok termasuk di pejabat swasta tindakan tepat, strategik
Larangan merokok di beberapa kawasan dan premis termasuk di tempat kerja swasta yang berkuat kuasa semalam, merupakan tindakan tepat dan strategik.
Malaysia ucap takziah kepada keluarga mendiang Presiden Jimmy Carter
Kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), James E. Carter Jr. pada 29 Dis 2024.
Bijak dan berbakat, anak muda Malaysia 20 tahun terima biasiswa NASA
Azhar Ali, melayakkan diri dalam kalangan 1 peratus skor terbaik dalam cabaran mereka cipta sut angkasa lepas untuk ke Marikh.