Keputusan kerajaan untuk membenarkan aktiviti beribadah di masjid, surau Jumaat, dan surau di Wilayah Persekutuan hanya kepada warga negara, tidak bermaksud mereka cuba menidakkan hak umat Islam yang bukan warganegara Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu merupakan pertimbangan terbaik terutamanya dalam mengutamakan kemaslahatan yang lebih besar, iaitu masyarakat tempatan.
Zulkifli berkata, kerajaan memberi jaminan kebenaran itu akan diperluaskan kepada bukan warganegara selepas keadaan menjadi lebih baik.
“Bagi pihak kerajaan Malaysia, tidak ada sekelumit pun niat dalam hati kami untuk menidakkan hak anda untuk beribadah bersama-sama kami di rumah Allah SWT. Bukan warganegara tetap saudara seagama yang berpayung di bawah kalimah syahadah yang sama.
“Buktinya, lihatlah selama ini sebelum adanya wabak COVID-19. Bukan warganegara bebas untuk beribadah di mana-mana masjid, surau Jumaat dan surau,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Dalam pada itu, Zulkifli menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak boleh dijadikan alasan untuk warganegara Malaysia bersikap kasar, mencemuh dan menyisihkan bukan warganegara..
Jelasnya lagi, syariat Islam mengukuhkan lagi prinsip hak kemanusiaan dalam persaudaraan, keadlan, dan toleransi sesama manusia.
“Mengurangkan penderitaan, membantu dan menjamin keselamatan kepada golongan yang memerlukan walaupun pihak musuh, merupakan sebahagian daripada Syariat Islam,” katanya lagi.
Dalam perkembangan berlainan, Zulkifli berkata, umat Islam yang menunaikan solat di surau pusat membeli belah, hentian Rehat & Rawat (RnR) dan stesen minyak, hendaklah mematuhi garis panduan asas sebagaimana yang telah disebutkan. Saya akan siarkan di media sosial rasmi saya untuk rujukan semua pihak.
“Kita menjunjung tinggi hikmah dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di Persekutuan dan negeri-negeri,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Jun 11 2020

Kerajaan memberi jaminan kebenaran solat berjemaah akan diperluaskan kepada bukan warganegara selepas keadaan menjadi lebih baik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

KWSP umum liputan mandatori kepada pekerja bukan warganegara Malaysia
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan liputan mandatori untuk pekerja bukan warganegara sebagai usaha memastikan semua pekerja mendapat akses kepada perlindungan sosial.

Pastikan dua juta pekerja asing tidak jadi tantangan laksanakan gaji progresif - Penganalisis
Kerajaan perlu memastikan keberadaan dua juta pekerja asing dalam negara tidak menjadi tantangan kepada pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.

SPR tidak cadang benarkan bukan warganegara jadi saksi undi pos
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang untuk membenarkan mana-mana individu bukan warganegara Malaysia untuk menjadi saksi dalam proses pengundian pos bagi sesuatu pilihan raya di negara ini.

Penduduk Malaysia dianggarkan 33 juta pada suku keempat 2022 -DOSM
Jumlah itu merangkumi 90.2 peratus atau 30.4 juta warganegara dan lapan peratus atau 2.6 juta bukan warganegara.

Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, keperluan vaksinasi bagaimanapun masih tertakluk kepada ketetapan syarikat penerbangan.

COVID-19: Bukan warganegara penyumbang terbesar peratusan rendah vaksin di Kinabatangan
Pegawai Kesihatan Kinabatangan, Dr Maini Sabait berkata, 80 peratus penerima vaksin di daerah itu merupakan bukan wargenegara.

Kluster tempat kerja: Ingkar SOP perlu hukuman lebih berat
Sektor pengilangan melaporkan jumlah kes tertinggi dalam kategori kluster tempat kerja, iaitu sebanyak 95,156 kes melibatkan 639 kluster.

COVID-19: 77 kematian baharu dicatat - Dr Noor Hisham
Sebanyak 77 kematian akibat COVID-19 dicatatkan pada Selasa menjadikan jumlah kes kematian disebabkan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,554 orang.

Populasi Malaysia berjumlah 32.75 juta pada suku pertama 2021
Jumlah itu merangkumi 29.91 juta atau 91.3 peratus warganegara dan baki 2.84 juta orang atau 8.7 peratus lagi merupakan bukan warganegara.

Mahkamah tolak permohonan suspek Macau Scam bebas tahanan POCA
Enam lelaki warga China itu ditahan dalam operasi khas polis berkaitan sindiket perjudian dalam talian pada Oktober tahun lepas.