Sampailah kita ke bulan ini.
Apa istimewanya bulan Ogos?
Ogos adalah bulan kelapan dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari.
Bulan ini dinamakan "Ogos" bersempena nama tokoh Augustus Caesar dan mempunyai 31 hari supaya sama dengan bulan Julai.
Sebelumnya ia dipanggil Sextilis, yang bererti "keenam" dalam bahasa Latin.
MESTI BACA: Tema sambutan Hari Kebangsaan "Sehati, Sejiwa" kekal bagi 2016
Malaysia menyambut kemerdekaannya pada bulan Ogos.
Secara lebih tepatnya lagi di Malaysia, 31 Ogos merupakan Hari Kebangsaan negara Malaysia.
Jadi pada bulan ini juga ia disebut sebagai bulan kemerdekaan.
Pada masa inilah kita akan melihat jalur gemilang dikibarkan.
Pada bulan ini juga lagu-lagu patriotik akan berkumandang.
Sajak-sajak tentang kemerdekaan akan dicetak semula, stesen televisyen akan mengulang tayang filem hebat tentang kemerdekaan.
Hati Malaya 1957, Leftenan Adnan dan Bukit Kepong antara filem yang akan disiar semula untuk membangkitkan keghairahan bulan kemerdekaan.
Pada tahun ini, Malaysia akan menyambut sekali lagi bulan kemerdekaan ini.
Pada tanggal ke 59 tahun ini adakah kita akan menyambutnya dengan penuh semangat patriotik atau menyambutnya hanya seperti biasa.
Tidak dapat kita nafikan bahawa banyak faktor pada masa kini yang akan menentukan bagaimana sambutan tahunan kita pada tahun ini.
Bulan Ogos secara simboliknya menjadi bulan yang paling meriah dengan aktiviti berbentuk perpaduan.
Pada masa ini kita berpeluang untuk melihat banyaknya program yang berteraskan perpaduan yang akan dijalankan untuk memperlihatkan keharmonian kaum di negara kita.
Antara aktiviti yang meriah diadakan ialah sambutan perarakan kemerdekaan, kempen kibar jalur gemilang, sambutan malam ambang kemerdekaan dan pelbagai lagi.
Sekolah-sekolah juga tidak kurang meriah untuk melancarkan bulan kemerdekaan di peringkat sekolah.
Ketika inilah semangat patriotik dan perpaduan dapat dipenuhi di banyak tempat.
Ogos kali ini juga menjadi satu signifikan apabila kita secara rasminya menyambut pengisytiharan Kuching sebagai Bandaraya Perpaduan yang pertama di Malaysia dan hampir pasti boleh disebut sebagai yang pertama di dunia.
1 Ogos 2015 menjadi detik bersejarah buat Bandaraya Kuching apabila telah dipilih sebagai Bandaraya Perpaduan atas kriteria yang mencukupi dari pelbagai aspek.
Perkara ini menjadi satu kebanggaan rakyat Malaysia dan kita akan terus meraikannya pada setiap tahun.
Ogos juga telah menyaksikan beberapa peristiwa bersejarah yang penting dalam Malaysia.
Antaranya ialah:
13.08.1960
Tunku Abdul Rahman diumumkan sebagai pemenang Hadiah Magsaysay daripada Filipina kerana kejayaannya memimpin masyarakat berbilang kaum di negara ini.
27.08.1965
Masjid Negara dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
29.08.1970
Tun Abdul Razak Dato' Hussein merasmikan Wisma Belia di Jalan Lornie, Kuala Lumpur
15.08.1981
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) merasmikan Akademi Laut Malaysia di Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru Melaka
07.04.1998
Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan Masjid Bukit Aman sempena ulang tahun ke-191 penubuhan Polis Diraja Malaysia
26.08.1999
Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan pertukaran nama Institut Teknologi Mara atau ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM)
20.08.2002
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan Tasik Putrajaya yang merupakan tasik buatan manusia
04.08.2003
Kembara Merdeka Jalur Gemilang dilancarkan oleh Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia
25.08.2006
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam merasmikan Muzium Kastam Diraja Malaysia yang terletak di tepi sungai Melaka di Bandar Hilir
Pada Ogos tahun ini, kita berpeluang sekali lagi untuk mencipta sejarahnya tersendiri.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, keghairahan ahli politik menjatuhkan satu sama lain, isu rasuah antara sesama peniaga hinggalah kepada bola sepak, dan campur tangan asing dalam negara, kita tidak boleh jadikan semuanya alasan untuk kita berhenti bersemangat patriotik dan hidup dalam kebanggaan sebuah negara merdeka.
Ambil langkah untuk hentikan segala konotasi negatif ini dan jadikan bulan kemerdekaan ini, sebuah bulan yang membuat kita semakin sayangkan negara dan kita berusaha untuk menjaga kebanggaannya.
Jika pada masa ini, ada sesiapa yang tersilap langkah sebagai DAISH, berubahlah, jika ada sesiapa yang telah terlibat dalam rasuah maka bertaubatlah, jika sesiapa yang ada membuat salah, maka mengakulah.
Lupakan segala kejahatan dan pembelotan terhadap negara sendiri.
Demi kecintaan dan kemegahan seorang warganegara terhadap negara Malaysia maka berubahlah dan kembalikanlah semula kebanggaan negara ini.
Tanpa menafikan bahawa setiap bulan ada kehebatannya sendiri, kita tetap perlu berbangga bahawa bulan Ogos adalah bulan yang penuh lipatan sejarah.
Bulan tentang mengingati tumpahnya darah, tertegaknya maruah dan berjasanya mak, ayah, atuk dan opah.
Pada hari ini, kita seharusnya mensyukuri nikmat yang diperolehi dan menjaga keharmonian ini dengan seikhlas hati.
Ia tidak berhenti disini, tapi ia perlu bermula disini dan kekal abadi.
Bersama doa dan janji kita akan kembali menemui kebenaran dan harapan dalam semangat kemerdekaan.
Semoga bulan Ogos kali ini akan menjadi bulan kemerdekaan yang meriah dan diingati oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Ishak Sairozi
Eksekutif Yayasan 1Malaysia
Kenyataan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Ishak Sairozi
Thu Aug 04 2016
Tanpa menafikan bahawa setiap bulan ada kehebatannya sendiri, kita tetap perlu berbangga bahawa bulan Ogos adalah bulan yang penuh lipatan sejarah.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Semua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL beroperasi 4 pagi, 31 Ogos
Semua operasi rel merangkumi tren LRT, MRT dan Monorel akan bermula seawal 4 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.
Menghayati roh kemerdekaan dan memaknai Hari Malaysia: Membebaskan minda, jiwa dan raga
31 Ogos merupakan tarikh keramat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sangat memahami makna, nilai dan harga sebuah kemerdekaan.
Putrajaya bergemerlapan, sambutan Ambang Merdeka 2022 meriah
Sejak dari jam 8.30 malam, orang ramai sudah mula berkumpul dan jumlahnya lebih ramai apabila melepasi jam 10 malam.
Patrotisme belia: Mendukung janji diri
Janji diri golongan belia yang dimaksudkan adalah belia yang memiliki pemahaman yang jelas tentang jati diri terhadap kesedaran budaya, agama dan sahsiah kenegaraan.
PM umum minggu ini status PKPP - Ismail Sabri
Sama ada PKPP akan disambung atau tidak, beliau akan umumkan, kata Ismail Sabri pada sidang media perkembangan PKPP di bangunan Parlimen.
Tukar nama sempena Hari Merdeka, jenama makanan segera ini terima pujian
Idea bijak!
Produser tempatan tidak lagi berani buat filem patriotik sebab tiada jaminan
Jelasnya, masa tayangan filem patriotik pada tarikh keramat itu sangat penting dalam menarik perhatian penonton ke pawagam.
Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tidak harus dipertikai - Timbalan Ketua Menteri Sabah
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew menyifatkan bahawa 'kontroversi panas' mengenai sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Kenyataan 'Sarawak tak perlu rai 31 Ogos' boleh bawa perpecahan
Datuk Dr Teo Kok Seong berpendapat kenyataan Tan Sri James Jemut Masing boleh membawa kepada perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.
'31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaya, tiada kaitan dengan Sarawak' - James Masing
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Masing hari ini menegaskan tarikh 31 Ogos tiada kena mengena dengan Sarawak.