Bilangan tenaga buruh di Malaysia pada Oktober 2016 berjumlah 14.77 juta orang, meningkat sedikit berbanding 14.76 juta orang pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.
Kadar pengangguran pada bulan tersebut adalah 3.5 peratus, sama seperti yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
Bagi perbandingan tahun ke tahun pula, kadar pengangguran itu tinggi 0.2 mata peratus berbanding Oktober 2015, kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Namun, berdasarkan pelarasan musim bulan ke bulan, kadar pengangguran pada Oktober 2016 adalah 3.5 peratus, turun 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya.
Menurut Jabatan Perangkaan, maklumat berkenaan diperoleh daripada Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB) yang dilaksana di kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia melalui kaedah temu ramah dengan responden.
Penyiasatan itu merangkumi penduduk yang aktif dan tidak aktif dalam ekonomi yang mana penduduk aktif dalam ekonomi terdiri daripada mereka yang bekerja dan menganggur, manakala yang tidak aktif dikelaskan sebagai berada di luar tenaga buruh.
Jabatan itu berkata, pendekatan yang digunakan untuk pelarasan bermusim di Malaysia adalah Seasonal Adjustment for Malaysia (SEAM).
SEAM adalah prosedur untuk menyingkirkan kesan cuti bergerak bagi data terpilih dalam siri masa ekonomi Malaysia dengan memperkenalkan beberapa langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi kekurangan dalam prosedur pelarasan bermusim yang sedia ada.
--BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016
Kadar pengangguran pada bulan tersebut adalah 3.5 peratus, sama seperti yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.
Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta
Ini merupakan lawatan pertama Shavkat Mirziyoyev ke Asia Tenggara selepas pilihan raya presiden pada 2023.
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Trump tangguh tarif Amerika ke atas Mexico selama sebulan
Mexico akan kerah 10,000 tentera Pengawal Kebangsaan di sepanjang sempadan AS-Mexico untuk memerangi penyeludupan fentanyl.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Harga eksport, import Malaysia meningkat pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Harga eksport Malaysia pada Disember 2024 meningkat 1.1 peratus kepada 150.7 mata berbanding 149.1 mata dalam bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.
Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Ekonomi Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh pada suku ketiga pertama 2024, berkembang 5.2 peratus dari Januari hingga September.
Pulau Pinang pamer prestasi ekonomi memberangsangkan - Jabatan Perangkaan
Pulau Pinang merekodkan pertumbuhan sebanyak 3.3 peratus atau RM116.0 bilion pada 2023 berbanding RM112.3 bilion tahun sebelumnya.
Landskap kesuburan Malaysia alami perubahan ketara - DOSM
Landskap kesuburan Malaysia telah mengalami perubahan ketara dengan penurunan daripada 4.9 anak pada 1970 kepada 1.6 anak pada 2022.
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
600,000 penjawat awam selesai daftar PADU - Ketua Perangkawan
Sebanyak 600,000 penjawat awam di bawah agensi kerajaan pusat telah mendaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di seluruh negara setakat semalam.
Indeks Pelopor Malaysia susut 0.2 peratus pada November 2023 - Jabatan Perangkaan
IP Malaysia mencatat penurunan 0.2 peratus kepada 109.8 mata pada November 2023 berbanding 110.0 mata bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Jumlah kelahiran di Malaysia berkurangan 2.8 peratus pada suku ketiga 2023
Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan 2.8 peratus kepada jumlah 110,354 kelahiran pada suku ketiga tahun ini berbanding 113,506 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun lepas.
IPP Malaysia memulih kepada 0.7 peratus pada Julai 2023 - Jabatan Perangkaan
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia memulih kepada 0.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada Julai 2023, dirangsang oleh sektor perlombongan dan elektrik.
Malaysia catat jumlah perdagangan RM222.1 bilion pada Jun 2023 - DOSM
Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM222.1 bilion pada Jun 2023 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM124.0 bilion dan RM98.2 bilion.