Pengenalan
Pembinaan Jambatan Bengkok merentasi Selat Johor telah dibatalkan oleh kerajaan Malaysia pada 12 April 2006. Kini sudah sembilan tahun projek ini terhenti. Adakah terdapat apa-apa tanda yang ianya akan dihidupkan semula?
Tambak Johor
Pulau Singapura tidak lagi menjadi sebuah pulau yang sebenar-benarnya apabila Tambak Johor sepanjang 1, 056m menghubungkan Johor Bahru dan Singapura dibuka untuk trafik pada tahun 1927. Sebagai penghubung darat pertama di antara Tanah Melayu dan Singapura, pembinaannya merupakan sebuah keajaiban kejuruteraan pada ketika itu. Namun, apa yang ggal dilihat oleh pemimpin Johor pada ketika itu adalah kelicikan pihak British – pembinaan tambak dapat mematikan Selat Johor sebagai jalur pelayaran utama di Kepulauan Melayu pada ketika itu.
Tambak Johor ini menghubungkan Lebuhraya Skudai di sebelah Malaysia dan Lebuhraya Bukit Timah di Singapura, ditelusuri lebih 60, 000 kenderaan setiap hari. Selain berfungsi sebagai laluan tiga lorong untuk kenderaan, Tambak Johor juga menempatkan paip air dan landasan keretapi yang menghubungkan kedua-dua negara. Selain dari Tambak Johor, Singapura juga dihubungkan dengan Malaysia menerusi Jambatan Link Kedua sepanjang 1.92km yang telah memulakan operasi sejak tahun 1998.
Disebalik kemegahannya sebagai penghubung dua negara, Tambak Johor mempunyai beberapa kelemahan. Tidak seperti Jambatan Link Kedua yang membolehkan kapal-kapal belayar di bawahnya, Tambak Johor menutup sepenuhnya Selat Johor sebagai jalan maritime penghubung Timur dan Barat. Kapal-kapal yang belayar dari Pelabuhan Tanjung Pelepas di tenggara barat laut Johor terpaksa mengelilingi Pulau Singapura untuk ke Pelabuhan Pasir Gudang yang terletak di sebalik tambak, sekaligus meningkatkan jangka masa pelayaran.
Lagipula, Tambak Johor menghalang pergerakan air laut secara berterusan di Selat Johor, mengakibatkan berlakunya pencemaran laut di kawasan-kawasan berhampiran tambak di sekitar Bandaraya Johor Bahru. Dengan peningkatan jumlah trafik keluar masuk Singapura setiap tahun, adalah dikatakan tambak berusia 88 tahun ini tidak lagi dapat menyempurnakan tugasnya dengan sebaiknya dan harus digantikan dengan sebuah jambatan.
Projek Jambatan Bengkok
Idea untuk menggantikan Tambak Johor dengan sebuah jambatan telah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 5 Jun 1996. Selepas beberapa siri perbincangan, kedua-dua negara gagal mencapai kata putus untuk membina sebuah jambatan lurus merentangi Selat Johor menggantikan tambak yang sudah usang itu.
Malaysia berkeras untuk membina jambatan bengkok setinggi 25 meter di atas paras laut yang ketinggiannya turun secara perlahan menuju perbatasan antarabangsa di Selat Johor menyambungkannya terus dengan bahagian tambak sebelah Singapura. Jambatan Bengkok ini, sekiranya siap kelak, akan menjadi sebuah jambatan ikonik berbetuk ‘S” di dunia, meningkatkan reputasi Johor Bahru sebagai pintu masuk selatan utama bagi tanahair.
Namun, pada April 2006, Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Tun Abdullah Badawi, mengumumkan pembatalan projek tersebut. Setelah projek tersebut dibatalkan, terdapat beberapa cadangan bagi projek ini untuk dihidupkan semula, terutamanya dari bekas Perdana Menteri yang mendapat julukan Bapa Pemodenan Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bina Atau Tidak?
Sejak projek Iskandar Malaysia diwujudkan pada tahun 2006, daerah terselatan di negeri Johor telah mengalami pem odenan yang memberansangkan. Kawasan pembangunan ini merangkumi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi mencakupi Bandaraya Johor Bahru dan kota-kota berdekatan seperti Pontiam, Senai, Pasir Gudang dan Nusajaya.
Daerah Johor Bahru, lokasi di mana jambatan bengkok ini akan di bina, terletak di tengah-tengah Iskandar Malaysia. Oleh itu, Malaysia sepatutnya mempertimbangkan bagi menghidupkan semula projek jambatan bengkok ini. Projek ini boleh meningkatkan potensi Johor sebagai hab perkapalan bagi rantau ini, standing Singapura.
Dengan ketinggian Jambatan Bengkok yang membolehkan kapal belayar menerusinya, Selat Johor boleh dibuka semula bagi tujuan pelayaran setelah ‘tertutup’ selama 88 tahun, menjadi nadi penghubung utama dua pelabuhan utama di Johor yakni Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang,
Dengan pembukaan Selat Johor kepada aktiviti pelayaran antarabangsa, kapal-kapal yang melayari Selat Johor boleh mengamalkan hak lintas transit sepertimana yang termaktub di dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Undang-undang Laut apabila Selat Johor menjadi nadi penghubung utama laluan maritime Timur-Barat di rantau ini.
Pembukaan semula Selat Johor kepada pelayaran antarabangsa boleh menyediakan pelaut dengan jalan alternatif untuk laluan perkapalan yang sememangnya sudah terlalu sesak menerusi Selat Singapura, yang direntasi lebih 75, 000 kapal setiap tahun. Walaubagaimanapun, luas Selat Johor yang sempit berbanding Selat Singapura akan mendorong kapal-kapal besar seperti very large crude carrier (VLCC) atau ultra large crude carriers (ULCC) untuk melayari jalur laut yang lebih sesuai iaitu menerusi Selat Singapura.
ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang kita tahu tentang 'jambatan bengkok'?
Pembinaan jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor ini boleh membantu mengurangkan kesesakan trafik di pusat bandaraya Johor Bahru. Jambatan Bengkok yang dicadangkan ini boleh mengurangkan pencemaran kerana membolehkan air laut yang bertakung di Selat Johor untuk mengalir secara bebas.
Sewaktu Menara Berkembar Petronas dicadangkan untuk pembinaan, banyak komen-komen negatif yang mengatakan projek ini adalah sebuah projek gajah putih. Namun kini, Menara Berkembar Petronas inilah yang berjaya meletakkan bandaraya Kuala Lumpur di peta dunia dengan menarik ramai pelancong ke Malaysia. Memang benar Kuala Lumpur mempunyai banyak kawasan tumpuan pelancongan tetapi Menara Berkembar Petronas inilah yang paling popular seantero dunia. Menurut majalah Business Insider, Kuala Lumpur telah disenaraikan sebagai bandar ke-sembilan paling dilawati di dunia pada tahun 2015 dengan menerima 11.2 juta pelancong mengalahkan bandar-bandar utama lain seperti Taipei, Dubai, Rome dan Istanbul. Seperti Menara Berkembar Petronas, Jambatan bengkok yang dicadangkan ini boleh menjadi ikon antarabanga bagi bandaraya Johor Bahru, melengkapi kota ini dengan kawasan tumpuan pelancongan yang lain seperti Desaru, Legoland dan Johor Premium Outlets.
Kesimpulan
Walaupun telah dibatalkan pada tahun 2006, projek jambatan bengkok yang dicadangkan ini wajar dipertimbangkan sekali lagi dan dihidupkan semula. Ianya adalah sebuah projek berwawasan yang mampu menjana ekonomi selatan Johor. Walaubagaimanapun, persoalan utama yang harus di jawab kerajaan Malaysia adalah – bina atau tidak?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli ialah seorang profesor pelawat di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Rusia dan seorang pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Mohd Hazmi Mohd Rusli
Fri Apr 17 2015
Pembinaan Jambatan Bengkok merentasi Selat Johor telah dibatalkan pada 2006. Setelah 9 tahun, adakah ianya akan dihidupkan semula?
#AWANIRingkas 18 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 November 2024
1️⃣ Majlis Agama Islam Johor laksana pemulihan akidah
2️⃣ Fokus aspek reformasi pembentukan bakat
3️⃣ Malaysia terajui pernyataan bersama ASEAN
#awaniringkas
1️⃣ Majlis Agama Islam Johor laksana pemulihan akidah
2️⃣ Fokus aspek reformasi pembentukan bakat
3️⃣ Malaysia terajui pernyataan bersama ASEAN
#awaniringkas
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir tahniah kepada Siti Nurhaliza
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin.
Agenda AWANI: COP29 | Panel Saintis Jaguh Isu perubahan Iklim
Bagaimana gabungan saintis dunia yang mewakili Borneo, Amazon dan Congo cuba mencari cara dan solusi terbaik dalam menangani isu perubahan iklim selain mencapai matlamat SDGs? Diskusi #AgendaAWANI di #COP29 Baku, Azerbaijan jam 830 mlm ini di @501Awani
MOT sedia teliti keperluan baik pulih jajaran perkhidmatan kereta api di Pantai Timur
Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia untuk meneliti keperluan membaik pulih dan kebolehlaksanaan jajaran perkhidmatan kereta api di pintu masuk utama Pantai Timur di Rantau Panjang-Pekan Golok.
Malaysia terlibat langsung sebagai jemputan
Malaysia terlibat secara langsung sebagai tetamu jemputan negara hos dalam Sidang Kemuncak G20.
Amang seksual: Peguam empat pembantu madrasah hantar representasi kedua kepada AGC
Pihak pembelaan yang mewakili empat pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah akan menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
[TERKINI] 3,000 jawatan kosong tersedia pada program Dua Tahun Kerajaan Madani
Kira-kira 3,000 kekosongan kerja pelbagai jawatan ditawarkan pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 di KLCC pada 22 hingga 24 November.
3,000 perjawatan kosong menanti pengunjung di program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Kira-kira 3,000 kekosongan kerja pelbagai jawatan ditawarkan pada program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) pada 22 hingga 24 Nov ini.
Malaysia-UAE kukuh perdagangan industri halal
MIHAS cipta sejarah ... apabila hari ini secara rasminya berlangsung di Dubai.
Kali pertama berlaku di luar negara.
Berlangsungnya di Dubai meningkatkan lagi potensi khususnya industri halal.
Kali pertama berlaku di luar negara.
Berlangsungnya di Dubai meningkatkan lagi potensi khususnya industri halal.
Fokus aspek reformasi pembentukan bakat
Kementerian Ekonomi memberi tumpuan kepada reformasi pembentukan bakat untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor berpendapatan tinggi bagi tempoh jangka panjang.
Pembinaan 'jambatan bengkok' belum muktamad - Baru Bian
Pembinaan jambatan bengkok menghubungkan Malaysia Singapura masih belum dimuktamadkan.
Jambatan bengkok tidak perlu kelulusan Singapura - Tun M
Malaysia tidak perlu mendapatkan sebarang kelulusan daripada kerajaan Singapura untuk membina jambatan bengkok.
Ahmad Maslan tidak setuju 'jambatan bengkok'
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan meragui kemampuan kerajaan Pakatan Harapan untuk membina jambatan bengkok yang dijangka akan memakan kos bilion ringgit.
[INFOGRAFIK] Kronologi projek jambatan bengkok
Jambatan bengkok sepanjang 1.4 kilometer sepatutnya dibina bagi menggantikan Tambak Johor yang sudah digunakan sejak tahun 1923.
Jambatan bengkok: DAP nafi tidak sependapat dengan Tun M
DAP menafikan mereka tidak bersependapat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan pelaksanaan semula projek jambatan bengkok.
Keadaan ekonomi sekarang tidak sesuai laksana 'jambatan bengkok' - Azmin
Keadaan ekonomi semasa dilihat tidak sesuai kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan semula projek 'jambatan bengkok' di antara Johor Bahru dan Singapura.
Projek 'jambatan bengkok' diteruskan semula?
Jambatan bengkok atau Jambatan Indah menjadi kontroversi kerana wujud perbezaan pendapat di antara Dr Mahathir dan Najib.
'Jambatan bengkok' tidak diteruskan kerana klausa Perjanjian Air Johor-Singapura
Jabatan Peguam Negara telah menasihati bahawa saluran paip air di Tambak Johor tertakluk dalam perjanjian Air Johor-Singapura.
'Saya maafkan Najib isu jambatan bengkok, bukan 1MDB' - Tun M
Tun M tidak menyalahkan Najib atas kegagalan projek jambatan bengkok, sebaliknya mahu beliau menjawab isu berhubung kehilangan wang akaun 1MDB.
Bina atau tidak?: Jambatan bengkok Selat Johor
Pembinaan Jambatan Bengkok merentasi Selat Johor telah dibatalkan oleh kerajaan Malaysia pada 2006. Setelah 9 tahun, adakah ianya akan dihidupkan semula?