Biro Kebajikan UMNO Malaysia dijangka membawa pulang tiga daripada tujuh mangsa keldai dadah yang ditangkap pihak berkuasa Peru sejak tahun 2007.
Ketuanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, anggota misi itu dijadual berlepas ke Peru awal Januari tahun depan.
"Namun bukan semua tujuh boleh dibawa pulang serta-merta. Banyak proses perlu dibuat. Ada sebahagian boleh bawa pulang sebahagian parol Peru dan sebahagian belum selesai bicara.
"Jadi, mana boleh dibawa pulang kita buat proses dokumentasi dan sebahagiannya tunggu bicara," katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Tiga wanita berkenaan adalah Syzlin Hathaman dari Johor, Nor Suzana Azmi dari Kuala Lumpur dan Noor Azimah Sapie dari Negeri Sembilan.
"Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, mereka ini telah menjalani hukuman penjara antara dua setengah ke enam setengah tahun. Walau bagaimanapun, kepulangan mereka tergendala disebabkan beberapa faktor dan permasalahan lain yang memerlukan bantuan," tambahnya lagi.
Ujar beliau, kerajaan Peru juga telah memberi kerjasama yang baik bagi memastikan usaha membawa pulang rakyat Malaysia berkenaan ke tanah air.
Biro Kebajikan UMNO juga katanya, diberi mandat dan arahan untuk melaksanakan misi yang mendapat kerjasama penuh Wisma Putra.
"Ada yang tidak dapat pulang sebab kewangan. Yang penting hari ini kita laksanakan kerjasama dengan UMNO Wilayah Persekutuan dan Johor. Yang penting parti main peranan sebab sebahagian besar adalah teraniaya dan terpengaruh," ujarnya.
Shamsul Anuar berkata, semua proses membawa pulang kesemua mereka akan dilakukan dengan tanpa mengetepikan undang-undang dua negara.
Rahimah Abdullah
Wed Nov 30 2016

SHAMSUL: Semua proses membawa pulang kesemua mereka akan dilakukan dengan tanpa mengetepikan undang-undang dua negara.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

TPM nasihat pasukan HM4P pulang ke Malaysia susulan keadaan tidak menentu di Gaza
Nasihat itu disuarakan Ismail Sabri semasa video konferensi beliau bersama pasukan bantuan kemanusiaan ke Palestin itu yang diketuai Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, hari ini.

Abdul Azeez dapat kelulusan ke luar negara ketuai misi kemanusiaan - Imigresen
Abdul Azeez berlepas ke Jordan malam ini bagi misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) al-Quds dan Gaza.

Biro Kebajikan UMNO sedia bantu Farah Marcella - Shamsul
Biro Kebajikan UMNO akan membantu pelajar pintar, Farah Marcella yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun terpaksa menumpang di pusat snuker.

Biro Kebajikan UMNO bantu pelajar mangsa banjir di Terengganu
Susulan banjir yang melanda Terengganu, Biro Kebajikan UMNO mengambil langkah proaktif membantu mangsa banjir bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah.

Biro Kebajikan UMNO percepat proses bawa pulang Jaffar
Biro Kebajikan UMNO akan mempercepatkan proses membawa pulang pesara kerajaan, Jaffar Saion yang kini terlantar di Hospital Prince of Wales, Sydney, Australia selepas diserang angin ahmar.

Program 'Turun Padang' dijenamakan semula, fokus bela nasib rakyat - Shamsul Anuar
Biro Kebajikan UMNO akan menjenamakan semula "Program Turun Padang Bantu Rakyat" dan memberi keutamaan kepada beberapa aspek yang lebih mengutamakan rakyat.