Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) meminta pihak bertanggungjawab membanteras kegiatan bomoh dalam talian yang mengambil kesempatan menjual produk mistik dan kurafat seperti minyak dagu dan minyak pelaris di alam maya.
Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) Azlin Othman berkata perkara itu amat membimbangkan kerana ianya melibatkan akidah serta sensitiviti pengguna, oleh itu etika perniagaan dalam talian perlu dipantau secara berkala oleh pihak penguatkuasaan.
"Kami ada menerima laporan daripada orang ramai. Kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) cuba mencari jalan pintas menggunakan mod dalam talian untuk menjual dan juga mendapatkan produk-produk ini. Kita tidak boleh biarkan perkara yang melibatkan aqidah ini berlarutan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Beliau berkata tindakan membanteras dan memberi kesedaran kepada pengguna memerlukan campur tangan segera pelbagai pihak penguatkuasaan antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim).
Pemerhatian pemberita terhadap satu platform jualan secara dalam talian tempatan mendapati masih ada pihak menggunakan kemudahan itu untuk mempromosi produk berunsur sihir yang didakwa diperolehi dari negara jiran seperti minyak dagu, minyak pengasih dan minyak pelaris.
Namun terdapat peniaga yang sudah tiada dalam carian di platform berkenaan apabila aktiviti mereka dapat dihidu.
Azlin berkata pengusaha dan pengendali platform dalam talian juga perlu peka dan mencari jalan untuk memantau aktiviti peniaga dalam talian di platform niaga mereka agar tidak menjual produk terlarang atau melanggar etika perniagaan.
"Apa jua alasannya, pengguna perlu mempertingkatkan pengetahuan mengenai hak sebagai pengguna bagi mengelak daripada mudah terpengaruh dengan barangan yang 'tidak masuk akal' dan juga mistik, lebih memburukkan apabila menjadi mangsa penipuan pembelian secara dalam talian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 01 2020
Masih ada pihak menggunakan kemudahan itu untuk mempromosi produk berunsur sihir yang didakwa diperolehi dari negara jiran seperti minyak dagu, minyak pengasih dan minyak pelaris. - Gambar hiasan
Pantau Belanjawan: ASEAN 2025: Peluang dan strategi perkasa PMKS
Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 membawa peluang besar untuk memperkukuh perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) di rantau ini. Diskusi ini mengupas cabaran utama PMKS, strategi serantau, dan tindakan konkrit untuk memastikan pertumbuhan ekonomi inklusif dan mampan.
Trump kutip tarif melalui perkhidmatan hasil luar
Trump berkata bahawa beliau akan mewujudkan Perkhidmatan Hasil Luar untuk mengutip tarif dan hasil lain dari negara asing.
AWANI Ringkas: Pihak berkuasa tangkap Presiden Korea Selatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PBB sediakan laluan bantuan Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang merancang untuk memperluaskan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza jika gencatan senjata dilaksanakan.
Bagaimanapun, akses sempadan dan keselamatan kekal sebagai halangan utama.
Bagaimanapun, akses sempadan dan keselamatan kekal sebagai halangan utama.
Anwar tiba di London, mulakan lawatan kerja lima hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di London, United Kingdom (UK) bagi memulakan lawatan kerja rasmi pertama beliau ke negara ini sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, bermula 15 hingga 19 Januari.
Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin
Pemain import Kelantan Darul Naim (KDN), Oday Kharoub, sah meninggalkan pasukan itu.
Aeroangkasa: Satelit penderiaan jauh Malaysia, UzmaSAT-1 dilancar
Satelit penderiaan jauh UzmaSAT-1, keluaran syarikat tempatan Uzma Berhad dilancarkan ke orbit rendah bumi awal pagi tadi menerusi roket Falcon 9 Transporter 12 milik syarikat SpaceX.
Presiden Korea Selatan ditahan, didakwa salah guna kuasa
Bersama Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, Penganalisis Politik UUM bagi memahami impaknya kepada pentadbiran politik di Korea Selatan, susulan Penahanan Presiden Yoon Suk Yeol atas tuduhan hasutan yang berkaitan dengan pengisytiharan perintah darurat.
WhatsApp mudahkan anda beri emoji reaksi dengan hanya ketik dua kali pada mesej
Pengguna hanya perlu mengetik dua kali pada sesuatu mesej, dan tetingkap untuk emoji akan hadir sebelum anda memilih.
PM Anwar bertemu rakan sejawatan di London
Perdana Menteri Anwar memulakan lawatan kerja lima harinya ke United Kingdom dengan bertemu rakan sejawatan Keir Starmer pada Rabu.
Bomoh dalam talian jual produk mistik, kurafat membimbangkan - PMPM
Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) meminta pihak bertanggungjawab membanteras kegiatan bomoh dalam talian yang mengambil kesempatan menjual produk mistik dan kurafat.