Seekor buaya tembaga sepanjang tiga meter berjaya ditangkap dalam satu operasi berhampiran kawasan Permatang Senyum, Kampung Ubai, dekat sini, pukul 3 petang tadi.
Sebelum itu, sekumpulan penduduk kampung bersama anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang berusaha mengesan haiwan reptilia berkenaan selepas didapati berkeliaran di kawasan itu sejak dua hari lepas.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba haiwan liar berkenaan muncul dari kawasan semak berhampiran sambil membuka mulut menyebabkan penduduk yang berada berhampiran bertempiaran menyelamatkan diri.
Seorang penduduk, Ahmad Kadri, 40, berkata, kehadiran buaya terbabit mula dikesan petang semalam oleh seorang penduduk kampung yang mahu memikat burung di kawasan berkenaan sebelum bertindak memaklumkan kepada penduduk lain.
"Berita mengenai kehadiran buaya itu kemudian tersebar di kalangan penduduk kampung dan kami selepas itu beramai-ramai pergi ke lokasi terbabit dan terserempak dengan seekor buaya di kawasan tepi tali air dipercayai dijadikan sebagai sarangnya," katanya.
"Namun buaya terbabit kemudian melarikan diri ke dalam semak selepas terkejut dengan kehadiran orang kampung dan ketika kami semua mahu keluar dari kawasan itu, kami terserempak dengan seekor lagi buaya lain," katanya lagi.
Ahmad berkata, bimbang dengan keselamatan penduduk, mereka melaporkan kejadian itu kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
Haiwan liar yang berjaya ditangkap petang tadi itu dibawa keluar dari kawasan berkenaan dipercayai untuk dilepaskan di lokasi lebih selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2017

Sekumpulan penduduk menunjukkan seekor buaya tembaga berukuran sepanjang kira-kira tiga meter yang ditangkap kakitangan Perhilitan Pahang di Kampung Ubai, hari ini. - Bernama

Komen negatif media sosial ancaman halus kepada kesihatan mental - Pakar psikologi
Katanya, tindakan itu juga berupaya membuat seseorang pengguna media sosial mengambil tindakan ekstrem.
AWANI Ringkas: RUU Majlis Media Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Anwar dijadual lancar projek pembangunan infra penanaman padi di Kedah hari ini
Majlis yang dijadual bermula 2.30 petang itu dijangka turut dihadiri Datuk Seri Mohamad Sabu dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 262 orang
Seramai 251 orang daripada 76 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Telupid.
KL Rangers FC: Penjenamaan semula meluaskan penglibatan belia KL
Penjenamaan semula ini membawa peluang besar kepada generasi muda KL untuk berkecimpung dalam dunia bola sepak, bukan hanya sebagai pemain tetapi juga sebagai pemangkin perubahan dalam arena sukan negara.

"Yulia bukan pembantu rumah, dia sebahagian daripada keluarga kami"
Rafidah Partiman dan Ahmad Hakimi Tajuk Arus antara majikan bertuah yang pernah menerima kehadiran pembantu rumah yang bertanggungjawab.
Malaysia, Pintu Masuk kepada Inovasi ASEAN
Temubual eksklusif bersama Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, mengenai kedudukan Malaysia sebagai peneraju inovasi dan teknologi di rantau ini. Ketahui kekuatan utama Malaysia, sektor yang menjanjikan, dan cabaran yang perlu diatasi untuk memperkukuh ekosistem inovasi negara. Saksikan juga peranan Malaysia di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2025 dan visi masa depan teknologi Malaysia.

Kenapa wajah berubah? Ini jawapan Fathia Latiff...
Kata Fathia, faktor umur ada kemungkinan menyebabkan wajahnya berubah.

Mekanisme perdagangan, pelaburan dalam mata wang tempatan akan terus diperkukuh
Langkah itu secara langsung dapat menyokong usaha ke arah memastikan kelestarian dan kestabilan kewangan serantau.

Simple Manusan: Sarat dengan realiti dan emosi
Simple Manusan muncul sebagai satu lagi karya yang diharap dapat membawa sinema Tamil Malaysia ke tahap baharu.

Perhilitan terima laporan kehadiran buaya di Pantai Purnama
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menerima laporan kehadiran seekor buaya di Pantai Purnama.

Buaya di UniSZA kena tangkap
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin.

Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir
Melihat buaya 'bersantai' di tebing sungai adalah perkara biasa, namun kebiasaan itu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila banjir melanda.

Kandang pembiakan buaya bolos, dikhuatiri banyak terlepas ke perairan Batam
Menurut Kompas, kejadian berlaku akibat kesan hujan lebat dan kenaikan paras air dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.

Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.

APM tangkap buaya lebih 300kg di Sandakan
Haiwan liar berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.

Mahu pukat ikan, tertangkap buaya
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut bersama tangkapan yang lain dalam pukat milik nelayan di Bagan Ikan, Bagan Datuk dekat sini pagi tadi.

Buaya baham pekerja ladang di Lahad Datu ditembak mati
Jabatan Hidupan Liar lepaskan lima das tembakan ke arah buaya itu bagi membolehkan mayat Rusdi Tambah diambil daripada mulutnya.