Seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun cedera teruk di bahagian mata dan muka dipercayai didera ibu tirinya dalam kejadian di Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh, petang Ahad.
Menurut Presiden Malaysian Tamilar Kural, David Marshel, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan selepas pihaknya menerima laporan daripada penduduk di perumahan berkenaan yang curiga mendengar tangisan budak itu sejak seminggu lalu.
Penduduk mengesyaki kanak-kanak itu dipukul selepas sering mendengar dia selalu dimarahi oleh ibu tirinya.
David berkata dia dan rakan bersama anggota polis ke rumah berkenaan bagi membuat pemeriksaan.
Menurutnya, kanak-kanak malang itu disembunyikan di belakang pintu dan kelihatan ketakutan serta trauma selain terdapat kesan kecederaan serius di muka sehingga kedua-dua belah matanya tidak boleh dibuka.
Beliau berkata kanak-kanak itu cuba menyembunyikan kecederaannya dan memberitahu dia disengat serangga.
Bagaimanapun selepas didesak kanak-kanak itu mengakui dipukul ibu tirinya.
Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Seberang Jaya untuk membuat laporan sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi menjalani pemeriksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan mengesahkan kejadian.
Katanya, pasangan suami isteri itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Feb 09 2020
Kanak kanak perempuan itu (tengah) cedera teruk di bahagian mata dan muka dipercayai didera ibu tirinya. -Foto PDRM
Kemasukan UK buka akses ke pasaran utama eksport - PM
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
SEZ Johor-Singapura, eratkan integrasi dalam ASEAN
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Syria benarkan PBB bentuk zon penampan dengan Israel
Syria bersedia untuk untuk menerima kemasukan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membentuk zon penampan dengan Israel.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia juga akan melakukan apa sahaja dalam mencapai hal tersebut termasuk melakukan libat urus secara langsung dengan wakil Amerika Syarikat (AS), selain memanfaatkan hubungan baik dengan Mesir dan Hamas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan
Sebanyak RM1.5 juta penalti kewangan turut dikenakan terhadap 15 syarikat kerana terlibat dalam kartel tipuan bida.
PM Anwar kunjungi Battersea Power Station, projek pembangunan semula terbesar di Eropah
Kunjungan tersebut antaranya untuk melihat projek pembangunan semula seluas 42 ekar yang berpusat di sekitar Battersea Power Station.
Penganiyaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil sebarang tindakan yang dilaporkan oleh aktivis kebajikan haiwan.
Ketua polis daerah buat laporan terhadap David Marshel
Satu laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Facebook, David Marshel yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berkaitan satu upacara keagamaan.
Budak 11 tahun cedera dipercayai didera ibu tiri
Penduduk mengesyaki kanak-kanak itu dipukul selepas sering mendengar dia selalu dimarahi oleh ibu tirinya.
JPNPP siasat dakwaan pelajar bunuh diri akibat tekanan di sekolah
JPNPP sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang pelajar lelaki 16 tahun di Bukit Mertajam bunuh diri akibat tekanan di sekolah.
Pelajar kecewa dituduh curi telefon bimbit hingga gantung diri meninggal dunia
Selepas bertarung nyawa lebih seminggu, seorang pelajar yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) selepas cuba membunuh diri, meninggal dunia awal pagi Khamis.