Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera fizikal dan seksual oleh pengasuh dan suami pengasuhnya di sebuah rumah, di Kandang Melaka semalam.
Difahamkan, kanak-kanak malang yang sebelum ini dibesarkan oleh ibu saudaranya itu baharu dua bulan diserahkan kepada pasangan suami isteri berkenaan.
Menurut sumber, kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka sekitar jam 2 pagi selasa selepas tidak sedarkan diri sebelum Pegawai perubatan yang menggendalikan kes berkenaan cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR).
“Bagaimanapun, bantuan CPR berkenaan tidak berjaya dan mangsa disahkan meninggal dunia selain terdapat kesan parut di bahagian kepala dan paha.
“Sebelum ini mangsa sejak kecil dipelihara oleh ibu saudaranya. Bagaimanapun wanita itu ke Terengganu atas urusan kerja dan terpaksa menyerahkan sementara kepada pasangan suami isteri ini sejak hujung julai lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pasangan suami isteri masing-masing berusia 45 dan 36 tahun itu telah ditahan pada sebelah malam tadi.
“Kita masih menunggu laporan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu yang dijalankan hari ini di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
“Kes disiasat mengikut seksyen Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan the Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Sep 11 2019

kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka sekitar jam 2 pagi selasa selepas tidak sedarkan diri sebelum Pegawai perubatan yang menggendalikan kes berkenaan cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR). - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Anak terima baik hasrat bapa mahu meninggal dunia di Tanah Suci
Fazrihin berkongsi bahawa, dia adalah orangnya yang bersama Allahyarham bapanya semasa saat-saat akhir perjalanan hidupnya di dunia ini.

Lisa Marie Presley alami serangan jantung, dikejarkan ke hospital
Sumber memaklumkan pasukan paramedik memberi bantuan pernafasan kepada Lisa Marie pada Khamis di rumahnya di Calabasas sebelum dia dikejarkan ke hospital.

COVID-19: Tokyo rekod 17,790 kes baharu
Jumlah itu juga menyaksikan bandar raya itu mencatatkan kes baharu melebihi 10,000 untuk enam hari berturut-turut.

Ibu hamil perlu segera divaksin, jangkitan COVID-19 selepas 28 minggu lebih berisiko - Pakar
Ibu hamil yang dijangkiti COVID-19 akan mendapat simptom yang rendah, namun risiko semakin tinggi bergantung kepada usia kandungan.

COVID-19: Hampir 14,000 kes baharu belum divaksin, 98 peratus kes kategori 1,2
Lebih 98 peratus kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini berada dalam kategori 1 tidak bergejala dan kategori 2 bergejala ringan.

Pengalaman ngeri bekas pesakit COVID-19 bertarung nyawa di ICU
Semuanya bermula apabila dia makan malam dengan seorang rakan di sebuah restoran di Melaka pada 18 April lalu, dan kemudiannya dimaklumkan statusnya sebagai kontak rapat.

COVID-19: Penggunaan ICU hospital kerajaan di Johor sudah melebihi kapasiti
Seramai 49 pesakit COVID-19 sedang menerima rawatan di ICU di Johor, walaupun hanya 43 katil ICU dikhususkan untuk pesakit COVID-19.

COVID-19: Ini 5 tumpuan utama Dr Noor Hisham hari ini
Sebanyak 39 peratus daripada keseluruhan kes harian baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini direkodkan di Selangor.

COVID-19: 1,576 kes baharu, sifar kes di Perlis
Sebanyak 1,576 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini ialah 330,042 kes.

COVID-19: 1,123 kes baharu, 4 lagi kematian - Dr Noor Hisham
Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham juga memberitahu sebanyak 1,143 kes sembuh sepenuhnya dan menjadikan jumlah kes sembuh COVID-19 kini adalah 60,204 kes.