Persatuan Pengusaha Teksi Bumiputra Semenanjung (Perbumi) menafikan dakwaan Datuk Shamsubahrin Ismail kononnya 70 peratus daripada 180,000 pemandu teksi seluruh negara akan mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.
Presidennya, Datuk Mohd Alias Abdul menegaskan pihaknya masih yakin dan percaya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu mencari penyelesaian terbaik buat pemandu teksi.
"Saya menafikannya, dakwaan itu tidak benar. Dia bukan boleh selam hati nurani semua pemandu teksi.
"Memang pemandu teksi adalah manusia biasa. Dalam berdepan krisis industri ini, mereka masih terus untuk memperjuangkan industri ini selain memberi sokongan kepada kerajaan hari ini.
"Saya juga yakin dan percaya kerajaan BN mampu mengemukakan formula terbaik untuk menyelamatkan industri teksi negara ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Tambahnya, krisis yang dialami pemandu teksi pada masa ini bukan sahaja di Malaysia sahaja malah di beberapa negara membangun.
Justeru, beliau bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya diadakan perjumpaan dan perbincangan antara persatuan teksi dan kerajaan.
"Saya menyambut baik cadangan Datuk Seri Zahid supaya Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Nancy Shukri berjumpa dengan kami.
"Memang sewajarnya diadakan perbincangan dan mencari formula terbaik terutama sebelum berlakunya PRU14," ujarnya.
Semalam, Zahid memberi peringatan kepada Shamsubahrin supaya tidak mengugut kerajaan berhubung sokongan pemandu teksi pada pakatan pembangkang.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Jan 12 2018
Datuk Alias berkata krisis yang dialami pemandu teksi pada masa kini bukan sahaja di Malaysia sahaja malah di beberapa negara membangun. - Foto Astro AWANI
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Bukan dia boleh selam hati nurani semua pemandu teksi" - Alias
Datuk Mohd Alias Abdul menegaskan pihaknya masih yakin dan percaya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu mencari penyelesaian terbaik buat pemandu teksi.