Kes keracunan gas kimia di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang sejak Khamis lalu membuka mata semua pihak bahawa pencemaran dari pembuangan sisa toksik bukan hanya boleh menjejaskan alam sekitar, bahkan berbahaya kepada manusia.
Hanya dalam tempoh kurang seminggu dari tarikh kejadian pertama pada 7 Mac lalu, lebih 300 mangsa terutamanya dalam kalangan pelajar di beberapa sekolah berhampiran Sungai Kim Kim terkesan.
Sehubungan itu, pihak berkuasa mengarahkan penutupan 13 buah sekolah bermula Rabu bagi memastikan tiada mangsa baharu terkena tempias pencemaran bahan kimia tersebut.
Terbaru, hari ini, lima lagi sekolah diarah tutup, susulan terdapat pelajar yang mengalami simptom loya, muntah muntah dan pening dipercayai terhidu bahan kimia.
Tinjauan Astro AWANI di sekitar kawasan yang terjejas mendapati perkara ini tidak boleh dipandang mudah memandangkan jumlah mangsa dilaporkan terus meningkat dan keadaan belum menunjukkan sebarang tanda akan reda.
Jika sebelum ini kandungan gas metana yang tinggi dalam udara dikatakan jadi punca keracunan, Astro AWANI menerima maklumat bahawa bukan hanya gas tersebut yang menjadi faktor penyumbang.
Sumber memberitahu, terdapat beberapa bahan kimia atau toksik berbahaya yang terkandung di dalam air Sungai Kim Kim, termasuk hidrogen klorida, sulfur dioksida, benzena dan hidrogen sianida.
BACA: Hati-hati, terlebih hidu gas metana boleh bawa maut - Pakar
Kunjungan Astro AWANI ke Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih mendapati kedua-dua sekolah itu terletak kurang 100 meter dari kawasan perumahan.
Kedua-dua sekolah berkenaan merupakan yang pertama terjejas dengan kes keracunan akibat terhidu gas kimia itu pada 7 Mac lalu.
Jika sekolah ditutup, bagaimana pula dengan tahap keselamatan penduduk?
Kami bertemu salah seorang penduduk, Azlan Abdul Rahman, 48 tahun, yang tinggal hanya 100 meter dari SMK Pasir Putih.
BACA: Tiada kematian susulan kejadian pembuangan sisa toksik di Sg Kim Kim
Sejak kejadian minggu lalu, dia pernah terhidu sesuatu gas yang disangka hanya tumpahan petrol atau gasolin.
“Pada pagi Khamis itu, saya terbau seperti gas, tetapi tidak menyangka ia sebenarnya satu pencemaran bahan kimia. Selepas saya tahu apa yang terjadi, saya rasa kami penduduk di sini dalam keadaan terancam.
"Sebab, sebab tiada apa-apa arahan dikeluarkan kepada kami untuk bertindak. Saya mohon kepada pihak berkuasa agar dapat memberikan taklimat kepada kami, apa yang perlu kami lakukan," katanya.
Atas faktor tanggungjawab dan risau akan keadaan yang dilihatnya semakin meruncing, Azlan berkata, beliau sentiasa memakai topeng muka bagi memastikan dirinya terhindar dari menghidu gas kimia berkenaan.
Sementara itu, seorang pegawal keselamatan di SMK Pasir Putih, Shahrizal Hat, 38 tahun, mendakwa terhidu gas yang agak pelik baunya sekitar jam 1 hingga 3 pagi Khamis ketika membuat rondaan.
"Saya ada terbau macam tengik, seperti bau gas. Saya sangkakan tidak ada apa-apa. Tetapi apabila saya lihat ada murid yang dah mula muntah-muntah, loya dan batuk, saya baru sedar ini mungkin berpunca daripada bau gas itu,”" katanya.
Shahrizal berkata, dia turut mengalami simptom pening dan susah bernafas pada hari kejadian sebelum mendapatkan rawatan lanjut.
Salah seorang mangsa, Hazli Harun, 50 tahun, yang juga Guru Penolong Kanan SMK Kota Masai, turut menceritakan apa yang terjadi.
"Sejak tengah hari Rabu memang saya batuk-batuk. Lama-lama, mata makin pedih dan berair. Selepas itu, tekak rasa mual, tetapi kita sebagai guru, kena bertahan, sebab kita utamakan murid dulu.
"Selepas murid pulang dari hospital, saya pun pergi menjalani pemeriksaan kesihatan," ujarnya.
Keadaan sama dikongsi Seng San Yee, 49 tahun, penduduk Taman Kota Masai, yang terpaksa menerima rawatan selepas mengalami batuk dan gatal tekak akibat terhidu gas berkenaan ketika berada di rumahnya.
"Pada masa kejadian, saya bangun dalam jam 5 pagi, saya terbau seperti gas. Saya sangkakan gas memasak saya bocor. Tetapi apabila keluar rumah pun, saya boleh bau gas itu," katanya.
Pada masa sama, Astro AWANI turut melakukan tinjauan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, tidak jauh dari premis sekolah terbabit, yang berfungsi sebagai 'hospital', memberi rawatan awal kepada mangsa pencemaran bahan kimia itu sejak beberapa hari lepas.
Hospital dewan yang dibuka 24 jam sejak Ahad lepas itu, mula berada dalam suasana kelam kabut sejak pagi, apabila pelajar yang mengalami sesak nafas, loya dan muntah tiba di perkarangan pusat komuniti itu bagi mendapatkan rawatan awal.
Kami mendapati lebih 10 buah ambulans terlibat berulang alik menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail yang terletak 30 kilometer dari lokasi.
Lebih 10 orang doktor dan 50 petugas dari Kementerian Kesihatan, dengan dibantu kakitangan hospital swasta, turut menguruskan keadaan serta memberi rawatan awal kepada mangsa.
Turut terlibat, lebih 120 anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Rela dan beberapa agensi kerajaan lain yang membantu dari segi logistik.
Pemantauan Astro AWANI di sekitar kawasan terjejas mendapati lebih 800 kilang berada dalam lingkungan kurang 15 kilometer dari Sungai Kim Kim.
Daripada jumlah itu, 100 buah kilang menggunakan bahan kimia untuk industri.
Timbul persoalan, adakah kesemua kilang ini menggunakan Prosedor Operasi Standard (SOP) dalam pengurusan sisa terjadual atau sisa toksik ini?
Jika terdapat pelanggaran SOP, adakah tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berwajiba?
Astro AWANI akan terus mengikuti rapat bencana ini bagi mengetahui punca sebenar pencemaran bahan kimia yang mengakibatkan ramai terkesan ini.
Fareez Azman
Wed Mar 13 2019

Pemantauan di sekitar kawasan terjejas mendapati lebih 800 kilang berada dalam lingkungan kurang 15 kilometer dari Sungai Kim Kim. - Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

UPNM guna bahan buangan kelapa sawit jadi peledak peluru
UPNM mengorak langkah dalam bidang inovasi apabila menghasilkan peledak atau bahan bakar alternatif dalam peluru daripada ekstrak bahan buangan kelapa sawit.

Sarawak kaji penggunaan sanga sebagai bahan binaan jalan
Sarawak melihat terdapat potensi dalam penggunaan sanga, bahan sampingan daripada peleburan bijih logam untuk pembinaan jalan di masa hadapan.

RM40 juta kos selenggara di Cameron Highlands - TNB
Kos tersebut antara yang tertinggi berbanding negeri lain ekoran masalah bahan buangan di kawasan itu adalah yang paling teruk.

Artik bukan lagi kawasan 'belantara' yang belum disentuh - kajian
Kepekatan mikroplastik yang tinggi, boleh didapati di dalam air, di dasar laut, pantai terpencil, di sungai, malah pada ketulan ais dan salji.

JAS kumpul lebih 2,000 tan metrik e-sisa sepanjang tahun ini
Jabatan Alam Sekitar (JAS) berjaya mengumpul sebanyak 2,283.7 tan mentrik bahan buangan elektrik dan elektronik (e-sisa) setakat bulan ini.

JAS arah kontena bawa 'e-waste' haram dari Amerika Syarikat dihantar pulang
Arahan tersebut dikeluarkan selepas mendapati e-waste berkenaan dibawa masuk tanpa mendapat kelulusan JAS terlebih dahulu.

Model ekonomi pusingan mampu minimumkan impak kerosakan alam sekitar
Model ekonomi ini membolehkan perancangan dibuat terhadap pengurusan bahan buangan, dengan sumber yang dimiliki disimpan selama mungkin.

Pencemaran: 40 tong berisi 4,000 liter bahan buangan ditemukan dalam premis
Berdasarkan siasatan awal, ACP Arifai Tarawe berkata, polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur sabotaj dalam kes tersebut.

Keputusan awal pencemaran Sungai Batang Benar dapati ia sebatian organik Dimethyl Disulfide - Exco
Keputusan awal analisis sampel yang diambil dari lokasi punca pencemaran Sungai Batang Benar, Nilai, mendapati ia merupakan sebatian organik jenis 'Dimethyl Disulfide'.