Polis mengesahkan menerima dua laporan kematian mengejut penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata siasatan kes kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Katanya, laporan kematian itu diterima pada 29 Mei lalu dan petang semalam (Jumaat).
Menurutnya, seorang lelaki Orang Asli berusia 30 tahun meninggal dunia di sebuah pondok berhampiran Lombong Bijih Aring 11.
Manakala, pada pukul 4 petang semalam seorang wanita Orang Asli berusia 21 tahun dilaporkan mati secara tiba-tiba di kampung itu.
Hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah disebabkan 'pneumonia' atau jangkitan paru-paru dan bukannya berpunca daripada penyakit misteri.
Laporan sebelum ini menyebut bahawa terdapat 13 kematian misteri berlaku sejak Mei hingga semalam melibatkan masyarakat Asli Batek itu berdasarkan dakwaan ketua masyarakat asli di kampung berkenaan.
Bagaimanapun, polis yang melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan tidak menemui sebarang bukti mengenai kematian yang didakwa.
BACA: Misteri kematian orang asli di Gua Musang
Sebelum ini, Orang Asli suku kaum Batek yang tinggal di Kuala Koh di sini mahu pihak berkuasa segera menyiasat punca penduduk mati secara tiba-tiba selepas jatuh sakit sejak sebulan lalu.
Mereka mendakwa mangsa yang meninggal dunia sebelum itu menunjukkan simptom hilang selera makan, badan cengkung dan batuk.
Penduduk juga mendakwa tidak mengetahui punca jangkitan sama ada disebabkan penyakit tibi atau pencemaran bahan kimia lombong bijih besi pada sumber air tandak.
Sehubungan itu, petang semalam, Mohd Taufik bersama beberapa anggotanya telah membuat pemantauan di kampung Kuala Koh.
Tambah Mohd Taufik, pada hari ini agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Jabatan Kesihatan turut berada di lokasi bagi melihat keadaan dan membantu menghantar penduduk sakit ke hospital.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan, dalam pada itu, mengesahkan tiada pencemaran air dikesan di kawasan berkenaan selepas satu ujian yang dijalankan pada 2 April lepas.
BACA: Kematian Orang Asli Gua Musang: Tiada pencemaran air sungai - JAS
Vivi Sumanti
Sat Jun 08 2019
Penduduk mendakwa tidak mengetahui punca jangkitan sama ada disebabkan penyakit tibi atau pencemaran bahan kimia lombong bijih besi pada sumber air tandak. -Astro AWANI
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan
Haiwan itu akan meninjau ke kawasan rumah buluh penduduk sebelum merobohkan dinding untuk mencari makanan.
Hujan lebat berterusan diramal landa Terengganu, Kelantan, Pahang sehingga esok
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang sehingga esok.
Susunan batu marmar dengan tulisan ayat al-Quran tarikan baharu di Gua Musang
Batu seberat 100 metrik tan beri imej baharu kepada kawasan tersebut, sambil mempromosi batu marmar asli bermutu tinggi di jajahan itu.
Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS
Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.
PKOB mahu 80,000 penduduk Gua Musang siap sedia hadapi gelombang baharu MTL
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) menasihatkan hampir 80,000 penduduk di daerah Gua Musang untuk berwaspada bagi menghadapi gelombang baharu Monsun Timur Laut (MTL).
KPN laksana 18 projek naik taraf infrastruktur di Kelantan
KPN laksana 18 projek infrastruktur di Gua Musang, Kelantan, bawah Kampung Angkat MADANI, tingkat kemudahan asas dan taraf hidup desa.
Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.