Susulan penularan isu terlalu ramai pengunjung di Bukit Broga, Selangor, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan hari ini mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga di bawah Seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuat kuasa mulai 27 Jun 2020 (Sabtu).
Bukit Broga akan ditutup sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media KKM hari ini:
1) Empat kes positif COVID-19 baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah 8,600 kes dengan 208 kes adalah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.
2) Daripada empat kes baharu yang dilaporkan, tiga adalah kes import yang dijangkiti di luar negara dan satu kes adalah kes tempatan.
3) 40 kes telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah pulih adalah 8,271 kes (96.2 peratus).
4) Tiada kematian baharu dilaporkan, jumlah kematian kekal 121 kes.
5) KKM mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga di bawah Seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuat kuasa mulai 27 Jun 2020 (Sabtu) sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Jun 25 2020
Susulan penularan isu terlalu ramai pengunjung di Bukit Broga, Selangor, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan hari ini mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga. - Gambar hiasan/Wikipedia
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Hutan 0.8 hektar terbakar di Bukit Broga
Sebuah jentera bersama sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikerah ke lokasi kejadian.
KKM kata tutup, masih ada lagi yang nak daki Bukit Broga...
Terdapat 28 individu berumur lingkungan 20 hingga 44 tahun telah melakukan aktiviti pendakian di bukit tersebut.