Seramai 11 pelajar lagi ditahan reman berhubung kes buli di sebuah kolej vokasional di sini, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang direman 26 orang setakat ini.
Perintah reman selama tiga hari sehingga Sabtu terhadap 11 pelajar itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Roszita Md Saad di sini hari ini bagi membolehkan mereka disiasat menurut Seksyen 142 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Semalam, 15 pelajar direman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan kes itu.
Kesemua pelajar terbabit dipercayai terlibat membuli tiga pelajar iaitu dua pelajar tahun satu dan seorang tahun dua di kolej berkenaan dengan kejadian terkini pagi Selasa.
Dalam kejadian 1.30 pagi Selasa, dua pelajar tahun satu yang berusia 16 tahun, mendakwa mengalami kecederaan di beberapa anggota badan setelah dipukul oleh beberapa pelajar senior dengan seorang daripada mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Satu lagi kes membabitkan pelajar tahun dua berusia 17 tahun yang mendakwa dipukul oleh kumpulan pelajar yang sama ketika berada di surau pada 9.30 malam sebelum dipukul sekali lagi di asrama kolej kira-kira sejam kemudian dalam kejadian Isnin lalu.
Sementara itu Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata 11 pelajar terbabit yang kesemuanya berusia 17 tahun ditahan di rumah serta di asrama semalam.
Beliau tidak menolak kemungkinan akan ada beberapa lagi tangkapan lain selepas ini.
"Sehingga hari ini seramai 26 orang telahpun ditahan," katanya ketika ditemui pemberita di Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong, Permaisuri, di sini.
Beliau turut meminta pihak sekolah membuat laporan polis pada kadar segera sekiranya berlaku insiden sedemikian di sekolah masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2017

Seramai 11 pelajar lagi ditahan reman berhubung kes buli di sebuah kolej vokasional di sini, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang direman 26 orang setakat ini. -Gambar fail

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.

Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior
Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.

Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?

Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.

PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dua RUU tangani isu buli diluluskan Dewan Negara
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 bagi menangani isu buli.

Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta
Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!

"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"

Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.