"Saya terdengar bunyi dentuman kuat beberapa kali sebelum melihat serpihan besi pencangkuk kren terjatuh dan menghempap kereta Perodua Kelisa di depan saya", demikian menurut seorang saksi kejadian seorang pemandu wanita yang maut akibat dihempap besi kren di Jalan Raja Chulan, di sini malam tadi.
Pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Elizabeth, 34, berkata ketika kejadian beliau sedang memandu selang beberapa kenderaan di belakang kereta mangsa dan sempat mengelak daripada turut terlibat dalam insiden pada 7.20 malam itu.
"Saya nampak orang ramai bertempiaran lari dan menyelamatkan diri melihat sebahagian besi kren jatuh dan menghempap kereta Kelisa itu," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian di sini, malam tadi.
Beliau berkata pemandu lain sempat mengelak dan menyelamatkan diri masing-masing, namun pemandu Kelisa tersebut tidak sempat menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku begitu pantas.
Sementara itu, seorang penunggang motosikal Hafiz Zakwan, 29 yang turut menggunakan laluan itu, memanjatkan kesyukuran kerana tidak terlibat dalam kejadian malang tersebut.
"Saya berharap pihak pengurusan pembinaan ini akan lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan semasa melakukan kerja pembinaan," katanya.
Dalam kejadian 7.20 malam tadi, mangsa Chim Khoo Sing, 24, berasal dari Pulau Pinang maut akibat dihempap serpihan besi kren seberat 1,000 kilogram yang jatuh dari tingkat 20 bangunan hotel yang sedang dalam pembinaan di Jalan Raja Chulan itu.
Menurut polis mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk, dada dan rusuk kanan.
Wanita berkenaan yang berpakaian pejabat itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat.
Bernama
Thu Aug 25 2016

Dalam kejadian 7.20 malam tadi, mangsa Chim Khoo Sing, 24, berasal dari Pulau Pinang maut akibat dihempap serpihan besi kren seberat 1,000 kilogram. - Foto Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tidak sempat lari, lelaki maut dihempap kayu balak
Mangsa Musa Baco Tang, 46, dihempap kayu balak ketika cuba membuka ikatan pada lori yang membawa muatan kayu dalam kejadian di Kampung Kalabakan

Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang
Seorang penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Taman Templer pada Rabu.

Pekerja kilang warga Myanmar maut dihempap kren
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Syamzul Razman Abd Halim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.23 malam.

Gempa di Turki, Greece ragut 26 nyawa setakat ini
Gempa yang melanda pada Jumaat petang menyebabkan bangunan di Izmir, kota ketiga terbesar di Turki runtuh malah turut mencetuskan tsunami kecil di daerah Seferihisar dan Samos di Greece.

Kereta dihempap pokok ru, suami isteri selamat
Sepasang suami isteri terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok ru.

Wanita nyaris maut kereta dihempap besi menara kren
Mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Lelaki maut dihempap traktor di Beaufort
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Abdul Hamid Rajja, 69 tahun, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta leher.

Lelaki maut dihempap pokok sewaktu hujan lebat dan angin kencang
Seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang melanda negeri Kedah pagi ini.

Tiga maut direnjat elektrik, cuba bantu wanita hamil dihempap tangga runtuh
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Selangor kejadian pada tengah hari Ahad itu turut melibatkan seorang lelaki warga Indonesia.

Dua maut, tiga cedera dihempap tiang dan kerangka bumbung bangunan
Dua pekerja binaan maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kejadian runtuhan tiang dan kerangka bumbung bangunan yang masih dalam pembinaan di kawasan perindustrian Perai, Perai pada Jumaat.