“Saya dengar bunyi kuat macam roket, tiba-tiba kepala saya sakit dihentak sesuatu,” kongsi Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, mangsa yang terselamat dalam kejadian ‘bilah terbang’ di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR), di sini pagi semalam.
Remaja lelaki 13 tahun yang cederan di bahagian belakang kepala itu mengakui masih trauma dengan kejadian tersebut.
Katanya, ketika kejadian, dia bersama mangsa yang maut, Nur Afini Roslan, 14 tahun, dan rakannya yang cedera di telinga, Abdullah Hazlan, 14 tahun, serta kira - kira 120 pelajar lain sedang mengadakan raptai perbarisan Hari Sukan sekolah yang sepatutnya di adakan hari ini.
Ujarnya, dia dan ahli kumpulannya sedang berehat di bahagian tepi padang dikejutkan dengan bunyi yang kuat sebelum bilah mesin pemotong rumput itu terbang ke arah mereka.
Dia terpaku dan panik apabila terkena hentakan di belakang kepala sehingga menyebabkan kulit kepalanya koyak sepanjang kira-kira 3 sentimeter (cm) dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah.
“Masa tu kami sedang dalam raptai perbarisan. Ustaz kata duduk rehat dulu, maka semua orang pun duduklah.
Imbasan kejadian
Seingat Mohd Farhan Reza, terdapat pekerja dengan mesin pemotong rumput di padang tersebut, berdekatan garisan lumba lari.
Ketika itu, ada seorang kawannya yang mengatakan ada benda yang terpelanting ke arah kami dengan bunyi seperti roket.
Tanpa dia sempat melakukan apa-apa, ‘benda’ yang dikatakan itu telah mengena dua orang kawannya dan juga dirinya.
“Saya pandang ke bawah dan kemudian pandang ke depan semula. Saya tengok sekeliling, dia (kawan) sudah terbaring. Lepas itu saya (mula) panik,” ceritanya.
Mohd Farhan reza yang baru keluar dari wad tengah hari tadi berkata, meskipun masih trauma dengan apa yang berlaku, dia tetap ingin meneruskan sesi persekolahan dan menetap di asrama sekolah itu seperti biasa.
Bagaimanapun, dia masih berkira-kira untuk melakukan aktiviti di padang berkenaan.
Terima panggilan
Sementara itu, ibu Mohd Farhan Reza, Zalina Mohd Nor, 48 tahun, berkata, dia dan suami, Badrol Hesam Md Sharip, 51 tahun, sedang membuat urusan bank di pekan Gemas sebelum dihubungi guru sekolah yang memaklumkan kejadian menimpa anak bongsunya itu.
Dia dan suami pada awalnya hanya menyangka anaknya luka disebabkan jatuh (yang tidak serius). Sesampai sahaja di sekolah, mereka terkejut melihat kawasan sekolah dipenuhi dengan ambulans hospital dan Angkatan Pertahanan Awam.
Mereka mendapati Mohd Farhan Reza sedang menangis dan terdapat darah yang banyak dibahagian kepala, lantas membawanya ke Klinik Kesihatan Gemas sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah untuk menerima rawatan.
Bagaimanapun katanya, dia bersyukur anaknya tidak mengalami kecederaan serius dan berharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada pelbagai pihak.
“Benda dah jadi, kita tak boleh hidu malang ini. Durian kita boleh hidu, malang kita tak boleh hidu. Kita nak saman pun tak guna, nak nangis nak salahkan sesiapa pun tak guna.
“Jadikan pengajaran buat semua, supaya jangan lagi terjadi kali kedua. Cuma jadi pengajaranlah pada semua. Jangan lagi terjadi kali kedua,” ujarnya yang redha dengan kejadian tersebut dan tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang tuntutan saman.
BACA: Tragedi Nur Afini: Saya redakan walaupun berat hati - Bapa
BACA: Siasatan terperinci kes pelajar maut terkena pisau mesin rumput - Mahdzir
Raffi Bachik
Wed Feb 14 2018
Mohd Farhan Reza (tengah) bersama ibu bapanya dalam pertemuan dengan Astro AWANI. - Gambar fail
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
'Bunyi kuat macam roket', mangsa imbas kejadian 'bilah terbang'
Remaja lelaki 13 tahun yang cedera di bahagian belakang kepala itu mengakui masih trauma dengan kejadian tersebut.
Tragedi Nur Afini: Saya redakan walaupun berat hati - bapa
Roslan Samad, 55 tahun, berkata meskipun masih terkejut dengan tragedi malang menimpa anak keempatnya, namun beliau pasrah.