Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Selasa, seiring dengan prestasi beberapa pasaran serantau susulan pemulihan harga minyak mentah global yang naik 7.36 peratus kepada US$36.89 setong.
Sentimen tempatan turut didorong oleh perkembangan semasa membabitkan pelantikan barisan Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merangsang keyakinan para pelabur.
Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 15.07 mata atau 1.05 peratus kepada 1,439.23 daripada paras 1,424.16 sewaktu ditutup pada Isnin.
Selepas dibuka susut 8.3 mata kepada 1,415.86 pada pagi ini, indeks tempatan itu bergerak dalam jajaran 1,414.95 hingga 1,439.91 sepanjang sesi dagangan pagi ini.
Bagaimana pun, di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 606 berbanding 274 manakala 314 kaunter lain tidak berubah, 812 tidak didagangkan dan 17 lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 2.43 bilion saham bernilai RM1.56 bilion.
Seorang peniaga berkata, peningkatan Bursa Malaysia pada hari ini juga boleh disifatkan sebagai pengiktirafan terhadap pengumuman barisan Kabinet baharu itu.
Semalam, Muhyiddin mengumumkan 32 anggota Kabinet itu yang buat pertama kalinya tidak melibatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Walaupun tidak menamakan sesiapa bagi menyandang tugas sebagai timbalannya, Muhyiddin bertindak menyenaraikan empat Menteri Kanan bagi membantu beliau dalam bidang perdagangan dan industri, pertahanan, pendidikan dan infrastruktur.
Ini termasuk pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang dalam reaksinya menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional itu komited untuk meneruskan pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Sementara itu di peringkat serantau, Indeks Nikkei 225 Jepun naik 0.25 peratus kepada 19,748.72, Indeks Straits Times Singapura menokok 1.28 peratus kepada 2,818.10 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong menambah 1.81 peratus lebih tinggi kepada 25,494.68.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik sembilan sen kepada RM8.33, Tenaga untung 10 sen kepada RM12.60, Public Bank menokok 38 sen kepada RM17.40 manakala IHH rugi lapan sen kepada RM5.61.
Bagi saham aktif, Sapura Energy susut setengah sen kepada 11 sen, Bumi Armada untung 1.5 sen kepada 17.5 sen namun Dayang Enterprise turun 27 sen kepada RM1.25 manakala Datasonic turun 11 sen kepada 83 sen.
Indeks FBM Emas melonjak 58.30 mata kepada 10,005.36, Indeks FBM Emas Shariah naik 29.06 mata kepada 10,576.47 tetapi FBM 70 sebaliknya turun 77.61 mata kepada 11,846.51.
Selain itu, Indeks FBMT 100 meningkat 65.93 mata kepada 9,878.34 manakala FBM Ace naik 37.91 mata kepada 4,676.73.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.09 mata kepada 120.80, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 135.05 mata kepada 13,952.15 dan Indeks Perladangan meningkat 116.36 mata kepada 6,410.48.- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 10 2020

Peningkatan Bursa Malaysia boleh disifatkan sebagai pengiktirafan terhadap pengumuman barisan Kabinet baharu. Gambar BERNAMA.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.