Seorang buruh kampung ditahan selepas dipercayai mengganggu seorang janda dengan menghantar bahan berunsur lucah di kediaman wanita itu di Kampung Bakong, Lambor Kiri, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun terbabit telah menghantar surat dan CD lucah ke rumah wanita berusia 52 tahun berkenaan.
Kata beliau, kesemua barangan itu telah diletak dalam sampul berwarna putih dan diselit di bawah pintu rumah mangsa.
“Mangsa hanya menyedari bungkusan itu ketika dia membuka pintu rumahnya sekitar jam 7.15 pagi.
“Suspek telah mengumpan pengadu dengan CD dan tulisan lucah yang dihantarnya dalam sampul ke rumah mangsa dengan tujuan mengajak wanita itu melakukan hubungan seks dengannya.
“Dalam surat yang dihantar itu juga, lelaki terbabit memberitahu mahu datang ke rumah wanita itu pada jam 12 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil daripada laporan polis yang dibuat oleh mangsa, pihaknya telah berjaya menahan lelaki berkenaan dan ujian urin yang dijalankan mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.
"Kita akan menjalankan siasatan lanjut dalam kes ini mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan," katanya.
Mangsa merupakan seorang ibu tunggal dan tinggal seorang diri di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu.
Shafiq Noordin
Sun Dec 24 2017
Seorang buruh kampung ditahan selepas dipercayai mengganggu seorang janda dengan menghantar bahan berunsur lucah di kediaman wanita itu. -Foto Astro AWANI/Shafiq Noordin
Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan
Polis menyerbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Kepong dan Puchong serta menahan 48 individu termasuk warga asing dalam Op Noda baru-baru ini.
Kumpul data sensitif pengguna, Meta disaman AS$15 juta
Korea Selatan pada Selasa mengambil keputusan untuk menyaman Meta Platforms sebanyak 15.67 juta dolar (RM68.26 juta) selepas didapati mengumpul data sensitif pengguna dan menyalurkannya kepada pengiklan tanpa persetujuan pengguna. Meta diarah untuk membayar saman berkenaan selepas syarikat pengendali media sosial Facebook dan Instagram itu melakukan tindakan itu tanpa asas undang-undang.
Agenda AWANI: WUF 12: Segalanya bermula di rumah
Perkongsian mengenai praktis terbaik negara, bertukar fikiran serta mencari solusi kepada cabaran persekitaran bandar yang lestari, berdaya huni serta selamat menjadi misi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di World Urban Forum #WUF12 yang berlangsung di Kaherah, Mesir. Diskusi AgendaAWANI jam 830 mlm ini.
WUF12: Mencari penyelesaian terbaik isu perumahan
Bagaimana kerajaan mampu mencari penyelesaian terbaik dalam isu perumahan melalui penyertaan di World Urban Forum? Dzulfitri Yusof ada perinciannya.
Rangkuman hari kedua lawatan kerja PM ke China
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Li Qiang sempena lawatan kerja ke China.
Dasar peralihan tenaga buka peluang pemain OGSE kembang, teroka pasaran baharu
Sektor OGSE perlu melihat dasar peralihan tenaga kerajaan yang kukuh sebagai peluang untuk berkembang dan meneroka pasaran baharu serta kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
Skor Indeks Kesihatan Mental Belia tahap sederhana
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dedahkan skor Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 mencatatkan tahap sederhana.
#AWANIRingkas 5 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 November 2024
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
Projek atasi banjir RM316 juta di Sarawak sedang dilaksana
PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini melaksanakan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak di bawah RMK12 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM316 juta.
Buruh kampung mengaku salah pukul isteri dengan topi keledar
Mohd. Shamsuri Rokman Yusuf dihukum dipenjara 15 bulan bermula dari tertuduh ditangkap pada 28 Januari lalu.
Buruh dicekup hantar mesej lucah kepada janda
Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun terbabit telah menghantar surat dan CD lucah ke rumah wanita berusia 52 tahun berkenaan.