Anggota UMNO yang hadir pada sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei ini berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai kira-kira RM1 juta.
Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia meliputi enam buah kereta Proton iaitu Perdana, Suprima, Persona, Preve, Iriz, Saga dan sebuah Perodua Myvi serta 10 buah motosikal.
Bagaimanapun, beliau berkata mereka hanya layak menyertai cabutan bertuah itu apabila mendaftar sebagai anggota UMNO dan pemilih selain menghadirkan diri pada acara sambutan berkenaan.
"Mereka juga perlu mendaftar hadir di Bukit Jalil menerusi aplikasi Malaysia4all bermula pada hari ini sehingga 12 tengah hari, 10 Mei," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan sambutan ulang tahun UMNO ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Selasa.
Katanya, hadiah berkenaan sebagai menghargai anggota UMNO yang hadir dan bersama-sama memperjuangkan parti terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang serta memberi sokongan kepada pucuk pimpinan parti.
Beliau berkata bagi menjamin ketelusan, sebuah agensi audit antarabangsa dilantik bagi mengawal selia cabutan bertuah berkenaan.
Dalam pada itu, Ab Rauf berkata pelbagai program diadakan sempena sambutan ulang tahun tersebut termasuk acara kesukanan seperti bola sepak dan tarik tali serta pelepasan larian bendera bermula 1 Mei secara serentak di Perlis, Kelantan, Johor dan Sabah yang berakhir di Bukit Jalil pada 11 Mei.
Selain itu, beliau berkata karnival kerjaya anjuran Pemuda UMNO akan turut diadakan pada 10 Mei di perkarangan stadium berkenaan.
Katanya, pihak urus setia sambutan turut menganjurkan pertandingan esei dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta rakaman video berdurasi tidak melebihi tiga minit bertemakan 'tujuh dekad membangunkan bangsa'.
Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori bakal menerima wang tunai RM5,000, RM3,000 (kedua) dan RM2,000 (ketiga) serta hadiah iringan berupa plak dan gajet, katanya.
Ab Rauf berkata mereka yang berminat menyertai pertandingan tersebut boleh menghantar esei tidak melebihi 1,500 patah perkataan dan video menerusi emel [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2017
AB RAUF: Mereka juga perlu mendaftar hadir di Bukit Jalil menerusi aplikasi Malaysia4all bermula pada hari ini sehingga 12 tengah hari, 10 Mei. -Foto fail
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Cabutan bertuah RM1 juta pada sambutan ulang tahun UMNO ke-71
Anggota UMNO yang hadir pada sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai kira-kira RM1 juta.
Pameran motosikal MIMS 2016 gabung 20 jenama terkemuka dunia
Pameran motosikal MIMS 2016 yang menampilkan hampir 20 jenama terkemuka dunia bakal diadakan di ibu negara pada Januari tahun hadapan.
Saman Najib: Anina fail permohonan gantung pendengaran kes
Anina memohon penggantungan sehingga kes saman yang difailkannya terhadap Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung pemecatannya sebagai anggota parti itu, diputuskan.
Najib akan fail permohonan untuk batalkan saman Anina
Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh akan memfailkan permohonan esok untuk membatalkan saman berhubung wang RM2.6 bilion.
'Tiada masalah untuk Anina saman saya' - Tengku Adnan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor tidak gentar dengan saman yang difailkan bekas ahli UMNO, Anina Saadudin terhadapnya pada Jumaat.
Anina Saadudin saman Tengku Adnan kerana dipecat daripada UMNO
Turut dinamakan dalam saman itu ialah Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh.