Cadangan untuk menggabungkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan memberi manfaat kepada kedua-dua universiti itu.
Naib Canselor UniSZA, Professor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan dalam satu kenyataan di sini berkata, penggabungan itu akan membuka lebih ruang kejayaan kepada kedua-dua universiti dan pada masa yang sama ia dijangka dapat mengurangkan kos.
Bagaimanapun, cadangan itu bukan hanya mengenai penjimatan belanjawan atau kos tetapi kebajikan pegawai di kedua-dua universiti itu, yang menjadi isu lebih penting untuk ditangani.
Hassan Basri berkata, beliau dimaklumkan bahawa cadangan penggabungan itu bukan idea baharu dan ia dibincangkan oleh kerajaan terdahulu tetapi mereka mungkin tidak 'berani' untuk melaksanakannya.
"Bagaimanapun, saya yakin kerajaan sekarang telah mengkaji kebaikan dan keburukan penggabungan itu sebelum kerajaan bersetuju untuk meneruskan idea itu," katanya.
Sebuah portal berita pada Khamis melaporkan bahawa UMT dan UniSZA mungkin digabungkan sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan bagi institusi pembelajaran tinggi dan keputusan muktamad mengenai penggabungan itu dijangka dapat diketahui tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019

HASSAN BASRI: Saya yakin kerajaan sekarang telah mengkaji kebaikan dan keburukan penggabungan itu sebelum kerajaan bersetuju untuk meneruskan idea itu.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PDP, PSB bergabung pada Disember depan - Tiong
Tiong ketika mengesahkan perkara itu berkata, kesepakatan itu telah mendapat restu Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Digi dapat kebenaran pemegang saham untuk cadangan penggabungan dengan Celcom
Kelulusan pemegang saham Digi dan Axiata Group Bhd adalah antara langkah terakhir dalam proses kelulusan penggabungan.

CSM-ACE digabung ke dalam Cyber DSA - Annuar Musa
Ia bakal menyaksikan penglibatan pemain industri siber dari rantau Asia, selain petugas keselamatan dan ketenteraan.

Kerajaan kaji gabung dos AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech - Khairy
Cadangan itu sudah dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dua minggu lalu.

Saham Axiata meningkat susulan pelan penggabungan kekal berjalan lancar
Pada 9.39 pagi, saham itu naik 4.0 sen kepada RM3.96 dengan 440,000 saham bertukar tangan.

Gabung BN-PN: Ahmad Zahid 'langgar' keputusan MT - Sumber
Ahmad Zahid menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO untuk menghalang BN daripada bergabung dengan PN walaupun majoriti ahli majlis tertinggi (MT) parti itu memutuskan sebaliknya.

Pas enggan campur urusan UMNO Perak jika mahu gabung dengan DAP, Amanah
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata itu adalah hak UMNO Perak.

UEM Sunrise, EcoWorld fail permohonan bergabung - Laporan Bursa
Khazanah Nasional akan menjadi pemegang saham terbesar bagi kedua-dua syarikat ini selepas penggabungan, melalui pegangan saham mereka dalam syarikat UEM Group.

Federer, Nadal cadang penggabungan ATP, WTA
Kedua-dua kejohanan lelaki (ATP) dan wanita (WTA) terpaksa ditangguhkan, sekurang-kurangnya sehingga pertengahan Julai susulan wabak coronavirus.

Nama baharu universiti akan diputus selepas perkenan Sultan Mizan
Maszlee telah meminta jawatankuasa khas itu memberi idea serta mencipta beberapa nama yang bersesuaian agar universiti terbabit tidak menenggelamkan nama masing-masing.