Cadangan reformasi institusi utama di Malaysia akan dikemukakan kepada kerajaan melalui Majlis Penasihat Kerajaan dalam tempoh dua bulan.
Menurut Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.C. Vohrah antara institusi utama yang diberi perhatian termasuk Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia, dan agensi penguatkuasa seperti polis.
Cadangan itu bagi memastikan sistem semak dan imbang wujud dalam setiap institusi tersebut dan undang-undang sentiasa dipatuhi.
“Kami akan senaraikan cadangan kepada kerajaan melalui Majlis Penasihat Kerajaan berkaitan reformasi beberapa institusi.
“kami akan mengkaji kesemua undang-undang yang terlibat yang tidak selari dengan keabsahan undang-undang.” Katanya ketika siding media Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) di ibu negara hari ini.
Jawatankuasa itu ditubuhkan pada Selasa oleh Majlis Penasihat Kerajaan bagi melihat kepada aspek reformasi institusi bertujuan melengkapi reformasi besar yang sedang dijalankan kerajaan baharu.
Sementara itu, salah seorang ahli IRC Datuk S.Ambiga berkata beberapa cadangan perubahan itu mungkin melibatkan pindaan perlembagaan.
“Kemungkinan kita memerlukan sedikit pindaan perlembagaan, namun banyak cadangan reformasi itu nanti tidak melibatkan pindaan, hanya memerlukan perubahan struktur.
“Kami akan cadangankan kepada kerajaan bahagian reformasi mana yang memerlukan pindaan perlembagaan.” Katanya.
Selain itu IRC juga berkata akan meneliti kembali Akta Antiberita Tidak Benar.
Turut hadir pada siding media itu adalah ahli lain Mah Weng Kwai, Datuk Mohamed Arshad Raji Professor Emeritus Prof Datuk Shad Saleem Faruqi.
Najib Aroff
Wed May 16 2018

Dari kiri, Mah Weng Kwai, Shad Saleem Faruqi, K.C Vohrah, Ambiga Sreenevasan, Mohamed Raji di Menara Ilham hari ini. - fotoBERNAMA

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.