Sebarang caj melibatkan apa sahaja isu berkenaan sisa plastik hanya akan diketahui dalam masa satu bulan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menjelaskan, ia kini melalui beberapa peringkat perbincangan selain memerlukan sedikit masa untuk diluluskan.
"Sekarang jangkaan dalam satu bulan lagi, dapat keputusan fi lesen, pengesahan dan caj untuk setiap tan yang dibawa masuk," katanya selepas pertemuan dengan beberapa persatuan alam sekitar di pejabatnya di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, Zuraida dilaporkan berkata, kementeriannya masih belum meluluskan sebarang pemberian lesen import (AP) bagi sisa plastik kepada mana-mana syarikat sejak ia dibekukan pada Julai tahun lepas.
Jelasnya, walaupun sebelum ini pihaknya menetapkan pemberian AP sisa plastik dihentikan untuk tempoh tiga bulan, sehingga kini kelulusan masih belum diberikan bagi memastikan setiap prosedur baharu yang ditetapkan KPKT dipatuhi pihak industri.
Dalam pada itu katanya, mana-mana tapak himpunan sisa plastik dikehendaki berbumbung untuk mengelakkan pembiakan nyamuk atau tapak takungan air.
BACA: Lambakan sisa plastik AS di Pelabuhan Klang - Laporan
Jelasnya, hanya 19 syarikat memohon untuk AP berkenaan selain berjanji akan memeriksa keadaan kilang terbabit sebelum membuat keputusan layak diberi AP.
Tegasnya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut diarahkan untuk memastikan setiap kontena sisa plastik yang masuk ke negara ini mematuhi prosedur serta peraturan baharu berkaitan sisa plastik ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Tambahnya, hanya plastik yang benar-benar boleh dikitar semula akan dibenarkan masuk untuk memastikannya memberi pulangan kepada hasil negara.
Pada Julai tahun lepas, KPKT mengumumkan pemberian AP sisa plastik dihentikan untuk tempoh tiga bulan susulan insiden pencemaran serius di Kuala Langat, Selangor yang dikatakan berpunca daripada kilang memproses plastik import secara haram.
BACA: Transformasi sampah sebagai sumber kekayaan baharu
Wan Syamsul Amly
Tue Jan 15 2019
Timbunan sisa plastik di sebuah kilang kitar semula di Jenjarom, Kuala Langat. - REUTERS/Fail
Ideologi keganasan: Adik suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Januari 2025 untuk pengurusan kes.
Banjir kilat: Warga emas maut kereta dihanyut arus
Sorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terperangkap sebelum dihanyutkan arus deras ke sungai dalam kejadian banjir kilat di Kilometer 4 Jalan Selirik di Kapit.
Video tular: Ular sawa lima meter antara paling panjang ditangkap - APM
Ular sawa yang tular itu dianggarkan panjang lebih lima meter dengan berat sekitar 80 kilogram semasa ditangkap di Taiping.
Negeri Sembilan tiada halangan teruskan aktiviti penternakan babi di Bukit Pelandok
Kerajaan Negeri Sembilan tiada halangan dengan cadangan untuk meneruskan aktiviti penternakan babi berkeluasan 713.3 hektar di kawasan Pig Farming Area (PFA) di Bukit Pelandok, Port Dickson.
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
Ahmad Zahid minta mangsa banjir utamakan keselamatan, patuhi arahan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mereka yang berada di kawasan berisiko banjir supaya mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
[TERKINI] Warga emas maut dihanyut arus deras di Kapit
Seorang warga emas maut selepas keretanya dihanyutkan arus deras di kilometer 4, Jalan Selirik, Kapit.
Kantin sekolah boleh bincang dengan ibu bapa untuk naik harga - Fadhlina
Pengusaha kantin sekolah boleh mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah serta wakil PIBG untuk mendapatkan persetujuan sebelum menaikkan harga jualan makanan di kantin sekolah.
PGK bukan metrik utama kelayakan bantuan kebajikan
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bukan satu-satunya kaedah yang digunapakai kerajaan bagi menilai kelayakan individu bagi permohonan bantuan kebajikan.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terdapat pelbagai faktor lain yang diambil kira untuk memastikan mereka yang layak dan berkeperluan mendapat akses kepada bantuan disediakan oleh kerajaan.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terdapat pelbagai faktor lain yang diambil kira untuk memastikan mereka yang layak dan berkeperluan mendapat akses kepada bantuan disediakan oleh kerajaan.
Kes penipuan kewangan perlu disiasat, lindung hak pengguna
Bank Negara Malaysia telah menetapkan keperluan ke atas institusi kewangan untuk menjalankan siasatan terperinci dan telus untuk setiap kes penipuan kewangan bagi memperkukuhkan perlindungan terhadap hak pengguna.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) m. Kulasegaran, pihak bank juga bertanggungjawab untuk menanggung sepenuhnya kerugian penipuan yang berlaku secara atas talian sekiranya ia berlaku atas kelemahan bank sendiri.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) m. Kulasegaran, pihak bank juga bertanggungjawab untuk menanggung sepenuhnya kerugian penipuan yang berlaku secara atas talian sekiranya ia berlaku atas kelemahan bank sendiri.
Saintis temukan ulat mealworm untuk tangani sisa plastik
Larva spesies kumbang gelap atau nama saintifiknya 'Alphitobius' mampu memakan plastik yang menyumbang kepada pencemaran global.
bio-home lancar Stesen Pengisian Semula ECO, pertama seumpamanya di Malaysia
Jalin kerjasama dengan Jaya Grocer untuk mudahkan pengguna buat isian semula produk cecair pembersih rumah, inisiatif mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.
Turapan jalan guna campuran bitumen, sisa plastik terpakai mampu atasi jalan rosak
Teknologi baharu bahan turapan jalan menggunakan campuran bitumen dan sisa plastik terpakai berpotensi besar untuk mengatasi isu kerosakan jalan terutama di kawasan kerap dilalui kenderaan berat.
Selangor perlu lakukan pemeriksaan berkala untuk bendung pencemaran sisa plastik import - SAM
Selangor perlu memberi penekanan terhadap kepentingan mengadakan pemeriksaan dan penilaian berkala terhadap operasi semasa fasiliti memproses sisa plastik.
Malaysia masih dibelenggu isu sisa plastik import 2018
Menurut Bank Dunia, kira-kira 1.82 bilion tan sisa pepejal domestik dihasilkan oleh dunia setiap tahun.
Projek RIPPLE buka peluang ekonomi kitaran, tangani isu alam sekitar
Peserta Projek RIPPLE akan mereka produk bagi mewujudkan ekonomi kitaran daripada sisa plastik, yang bakal memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Tip 'bebas sisa', elak pembaziran pada bulan Ramadan
Membuat jadual perancangan apa yang mahu dimasak dan dimakan sepanjang bulan Ramadan antara tip untuk memastikan tiada pembaziran.
Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilena, bersih
Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilena, bersih
Kapal bawa sisa plastik dari AS akan diusir - Tuan Ibrahim
Arahan telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa pelabuhan untuk memantau dan menahan kapal tersebut apabila tiba di Pelabuhan Klang.
Usaha kerajaan pulihara alam sekitar pada 2019 raih anugerah global
Antara inisiatif yang berjaya meraih anugerah termasuk Kempen Selamatkan Harimau Malaya pada 2019.