Cara jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) belum diketahui dengan jelas, meskipun kes yang dikesan setakat ini mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata terdapat bukti yang menunjukkan berlakunya penularan daripada seorang individu kepada individu yang lain, khususnya dalam kalangan kontak rapat.
Sehubungan itu katanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan itu, melalui maklumat daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga KKM, akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya, dilaksanakan secara berterusan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Berikut tindakan yang diambil KKM hadapi ancaman penularan koronavirus di Malaysia
BACA: Koronavirus kini di Malaysia: Apa yang kita tahu?
BACA: Kes pertama koronavirus di Malaysia, tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh
Dr Noor Hisham turut mengingatkan orang ramai khususnya pelancong, sama ada semasa berada di negara China dan selepas pulang ke Malaysia, untuk mengamalkan beberapa langkah pencegahan termasuk memastikan tahap kebersihan diri yang tinggi, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pensanitasi tangan.
Katanya semasa dalam tempoh lawatan, orang ramai perlu sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung, serta bahan pencuci tangan untuk digunakan apabila perlu, selain mengelak daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang menunjukkan simptom.
"Elak melawat ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan dan elak memakan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna", katanya.
Noor Hisham berkata, orang ramai turut dinasihati segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk atau kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang daripada lawatan tersebut.
"Maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 25 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan itu, melalui maklumat daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Cara jangkitan novel koronavirus belum jelas - KP Kesihatan
Cara jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) belum diketahui dengan jelas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.