China sependapat dengan Malaysia supaya dibangunkan kesalinghubungan darat khususnya laluan perkhidmatan tren di antara negara-negara rantau ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha membangunkan kesalinghubungan itu bukan sahaja memerlukan kerjasama di antara China dan Malaysia malah, turut membabitkan beberapa negara yang menjadi laluan perkhidmatan itu.
Beliau berkata soal kesalinghubungan itu adalah antara agenda yang dibincangkan dalam beberapa pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden China Xi Jinping sebelum ini.
"Kita lihat laluan tren dari Singapura ke Kuala Lumpur, Kuala Lumpur ke Bangkok dan seterusnya menghala utara merentasi beberapa negara sehingga ke Kunming di wilayah Yunnan ini.
"Dari Kunming ke Beijing sudah ada Keretapi Berkelajuan Tinggi, maka soal kesalinghubungan ini akan melibatkan kerjasama bukan sahaja dengan Malaysia tetapi dengan beberapa negara yang menjadi laluannya," katanya dalam sidang media di sini, pada Sabtu.
Beliau dalam rangka lawatan kerja enam hari ke China sejak Selasa.
Ahmad Zahid berkata dalam pertemuannya dengan beberapa pemimpin di sini, mereka menyambut baik usaha mewujudkan laluan itu dan secara dasarnya bersetuju untuk mengambil pelbagai inisiatif bagi merealisasikannya.
"Bukan sahaja mereka sanggup bantu dari segi melancarkan pembinaan, malah sanggup untuk memberi pinjaman mudah kepada yang berminat membantu menjayakan hasrat mewujudkan kesalinghubungan ini," katanya.
Merujuk kepada perdagangan dua hala, Ahmad Zahid berkata imbangan perdagangan di antara Malaysia dan Wilayah Yunnan sehingga November lepas adalah kira-kira US$343 juta dengan eksport utama negara adalah barangan berasaskan kelapa sawit manakala Malaysia banyak mengimport hasil pertanian dari wilayah Yunnan.
Beliau berkata memandangkan Malaysia dan China masih belum menandatangani perjanjian FTA, Wilayah Yunnan menghadapi sedikit masalah teknikal dalam mengeksport beberapa barangannya ke Malaysia.
"Namun, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengambil beberapa langkah proaktif bagi menanganinya," kata beliau.
Ahmad Zahid berkata produk halal termasuk makanan, kosmetik dan farmaseutikal terutamanya bahan-bahan yang datang dari Malaysia juga mempunyai potensi besar di Wilayah Yunnan.
Usahawan wilayah ini dilihat amat mengharapkan satu bentuk pengiktirafan halal untuk produk-produk mereka, katanya sambil memberitahu bahawa langkah itu wajar diterokai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Halal Development Corporation (HDC).
Sebagai pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Industri Halal negara, katanya beliau bersetuju untuk meningkatkan rombongan-rombongan dagangan Malaysia ke Wilayah Yunnan bagi menjalin kerjasama dengan pamain-pemain industri halal di sini.
Ahmad Zahid berkata beliau juga mendapatkan persetujuan Jakim dan HDC untuk 'mengantarabangsakan' sijil-sijil pengesahan halal mereka supaya ia dapat diterima dan diiktiraf negara luar termasuk di Wilayah Yunnan yang menawarkan potensi besar.
Selain itu, beliau akan berbincang dengan Jakim dan HDC mengenai kemungkinan mewujudkan makmal cawangan di luar negara termasuk di Yunnan bagi membantu proses pengesahan halal bahan-bahan dalam produk mereka.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri juga berkata pertemuan dengan para pemimpin China kali ini mencapai persetujuan supaya pertukaran banduan antara kedua-dua negara dapat dilaksanakan. -BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2017
Ahmad Zahid (kiri) bersama Timbalan Pengarah Bahagian Keadilan Wilayah Yunnan Zhao Ligong semasa mengadakan mesyuarat dengan Biro Pentadbiran Penjara Wilayah Yunnan sempena lawatan kerja beliau di China, hari ini. -BERNAMA
Polis Jasin potong bekalan elektrik di lima premis judi haram
Lima premis yang menjalankan kegiatan perjudian dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan TNB.
Kampung Angkat MADANI jadi solusi terbaik isu infra rakyat
Menerusi inisiaitf kerajaan pusat itu, beberapa permasalahan penduduk setempat dapat diatasi.
Belanjawan 2025: Accelerating digital transformation through finance and infrastructure
Join this exclusive discussion exploring how Malaysia’s Belanjawan 2025 is set to shape key industries like finance, infrastructure, and digital technology. Industry experts, Gautam Puntambekar, CEO of Bank of America Malaysia, and Hana Raja, Managing Director of Cisco Malaysia, will provide in-depth insights on the budget's impact on driving economic development, enhancing global competitiveness, and fostering collaboration between public and private sectors.
Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik ungguli pertemuan epik dua beregu negara
Mereka seterusnya akan berdepan beregu China, Chen Bo Yang-Liu Yi, begi penentuan ke separuh akhir hari ini.
Dua nelayan cedera bot meletup, terbakar
Ketika kejadian berlaku, mangsa sedang bersiap sedia melakukan persiapan untuk ke laut menangkap ikan.
Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos
Kemuncak perhimpunan agung itu akan menyaksikan Johari menyampaikan ucapan penerimaan beliau sebagai Pengerusi AIPA 2025.
AWANI Pagi: Belanjawan 2025 - Gaji Premium, Magnet Pilih Aliran TVET?
Ikuti siaran luar bersempena pembentangan Belanjawan 2025, langsung dari German-Malaysia Institute (GMI) bersama tetamu Dr. Mohd Faizal Tokeran, Ketua Sekretariat Majlis TVET Negara dan Azizullah Mohd Rapini, Pengarah Pembangunan Perniagaan Fester Automation Sdn. Bhd & Alumni GMI membincangkan mengenai tawaran gaji premium yang dinikmati graduan TVET menjadi magnet untuk mengembangkan aliran itu seterusnya melahirkan modal insan dimahukan negara.
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS, peniaga nantikan Belanjawan 2025
Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar AS berikutan peniaga menjangka mata wang tempatan akan diniagakan mendatar selain memberi tumpuan kepada sasaran defisit fiskal.
Anggota One Direction 'amat terkejut dan sedih' dengan kematian Liam Payne
Harry Styles, Louis Tomlinson, Zayn Malik dan Niall Horan keluar kenyataan bersama selepas pemergian rakan mereka dalam band One Direction.
Presiden Emmanuel Macron sifatkan kematian Yahya Sinwar sebagai 'turning point'
Presiden Emmanuel Macron menyifatkan kematian pemimpin Hamas, Yahya Sinwar sebagai titik perubahan (turning point) pembebasan tebusan.
Malaysia sokong inisiatif keterbukaan, inklusif, saling menghormati China - Saifuddin
Saifuddin berkata, -Community of Shared Future- oleh Xi Jinping sejajar dengan konsep Keluarga Dunia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
China-Malaysia sependapat wujudkan kesalinghubungan rentas negara - TPM Zahid
China sependapat dengan Malaysia supaya dibangunkan kesalinghubungan darat khususnya laluan perkhidmatan tren antara negara-negara rantau ini.
China-Malaysia sependapat wujudkan kesalinghubungan rentas negara - TPM Zahid
China sependapat dengan Malaysia supaya dibangunkan kesalinghubungan darat khususnya laluan perkhidmatan tren di antara negara-negara rantau ini.
Lebih banyak produk pertanian Malaysia masuki pasaran China tanpa halangan
Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Pertanian China akan menandatangani Syarat Protokol Pitosanitari dalam tempoh dua bulan, bagi pengeksportan nanas.