China sedia membantu pihak berkuasa Malaysia melumpuhkan rangkaian sindiket jenayah rentas sempadan yang melibatkan rakyatnya, kata Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian.
Bantuan itu termasuk perkongsian maklumat berhubung sindiket besar penipuan pelaburan dalam talian yang ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia di Cyberjaya baru-baru ini.
"Kami sedia menawarkan bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat dalam mengenal pasti 680 suspek warga China dan sedia bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang Malaysia dalam melumpuhkan sebarang jenayah merentas sempadan, termasuk dalam kes ini," katanya.
Beliau yang ditemui pemberita selepas menjadi tetamu Program Bicara Duta Bersempena dengan 45 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia - China di Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini berkata kesemua suspek yang terlibat dengan kes penipuan dalam talian terbabit patut dikenakan hukuman mengikut undang-undang negara ini, jika dibuktikan bersalah.
"Kami menyokong penuh operasi berkenaan kerana dasar kami adalah menentang mana-mana warga China menjalankan kegiatan jenayah biar di mana mereka berada dalam dunia. Kami merasakan mereka harus dihukum mengikut undang-undang," katanya.
Bai Tian berkata setakat ini, pihak kedutaan belum dihubungi oleh mana-mana ahli keluarga suspek namun bersedia memberikan bantuan mengikut prosedur yang ditetapkan negara ini.
Rabu lepas Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang berpusat di China dengan menahan 680 warga China yang menjalankan operasi aktiviti berkenaan di Cyberjaya.
Tangkapan besar-besaran itu dilakukan selepas pasukan imigresen menggempur tingkat enam sebuah bangunan yang dipercayai menjadi pusat panggilan aktiviti penipuan yang menyasarkan penduduk negara China sebagai mangsa.
Kesemua suspek iaitu 603 lelaki dan 77 wanita itu memasuki negara menggunakan pas lawatan sosial, dengan hampir kesemuanya tidak dapat menunjukkan pasport dan dokumen pengenalan diri ketika ditahan, dan kini mereka direman selama 14 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 23 2019

China sedia bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang Malaysia dalam melumpuhkan sebarang jenayah merentas sempadan. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.