Mandat rakyat yang diperoleh menerusi pilihan raya merupakan jalan terbaik untuk menentukan kestabilan sesebuah kerajaan dengan majoriti yang selesa.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pilihan raya juga berupaya memastikan
sesebuah kerajaan itu dapat menjalankan pembangunan negara tanpa sebarang ancaman.
Beliau sebelum ini mencadangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) bagi membolehkan ketidakstabilan politik yang sedang dihadapi dalam negara dapat diurus dengan baik.
“Itu sebenarnya saya saranankan (bubar Parlimen), selepas kita (kerajaan) dan rakyat Malaysia berjaya mengekang COVID-19 ini.
“Kita fikir fikirkan supaya dapat mandat daripada rakyat, biarlah rakyat memastikan kerajaan yang benar benar mendapat mandat majoriti selesa, yang penting kerajaan boleh menumpukan sepenuh perhatian membina negara,” kata Mohamad.
Mohamad berkata demikian sebagai mengulas mengenai desas-desus penubuhan parti politik baharu yang didakwa bakal dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain turut membariskan nama beberapa menteri dan pemimpin parti politik lain.
Penubuhan Parti Reformasi Bersatu Negara seperti yang tular di media sosial didakwa akan menggantikan kerajaan Perikatan Nasional.
Menurut Mohamad, sekalipun tidak perlu mempercayai khabar angin itu, namun dalam masa sama, beliau mengingatkan Ahli Parlimen agar menghormati mandat rakyat yang telah diberikan kepada mereka.
“Jangan buat sesuka hati itu dan ini, mandat rakyat perlu kita hormati. Itu sebabnya saya katakan kerajaan perlu mendapat mandat yang besar kerana kerajaan yang majoriti amat tipis sentiasa sahaja diambang ancaman," tegas beliau.
Mohamad berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui dalam kempen calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain di Chini pada Sabtu.
Mengulas mengenai Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, beliau yakin kerusi tradisi BN itu boleh dikekalkan menjelang hari pengundian pada 4 Julai ini.
Fareez Azman
Sat Jun 27 2020
Mohamad Hasan berkata, pilihan raya juga berupaya memastikan sesebuah kerajaan itu dapat menjalankan pembangunan negara tanpa sebarang ancaman.
JHEAIK tahan 21 individu dipercayai pengikut Syiah
JHEAIK menahan 21 individu termasuk enam kanak-kanak yang dipercayai pengikut Syiah pada Selasa lepas.
Pindaan Jadual Kedua selaras tambahan badan pensijilan halal luar negara - Armizan
KPDN telah meminda Jadual Kedua di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 berhubung penambahan senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.
Lelaki ditahan acu pistol selepas ditegur jangan merokok
Suspek mengacukan sebuah objek menyerupai pistol ke arah perut pengadu selepas ditegur jangan merokok di medan selera.
108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.
Polis rampas pelbagai jenis reptilia bernilai lebih RM300,000 di Tumpat
Polis merampas pelbagai jenis reptilia hidup yang diseludup dari Thailand dianggarkan bernilai lebih RM302,500 di Kampung Mentua, Tumpat.
Enam ditahan terlibat sindiket pelaburan 'Kakaue', kerugian cecah RM18 juta
Polis menahan enam rakyat tempatan disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan "Kakaue" melibatkan nilai kerugian RM18 juta.
Agensi PBB nafi laporan kakitangan terbunuh bersama Yahya Sinwar di Gaza
UNRWA menafikan dakwaan yang tersebar di Israel dan media sosial bahawa seorang kakitangan agensi itu terbunuh bersama pemimpin Hamas Yahya Sinwar di Semenanjung Gaza.
Air pasang besar: 20 mangsa banjir berpindah ke PPS
Kesemua mangsa termasuk dua warga emas dan seorang kanak-kanak ditempatkan di PPS Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Kuala Perlis.
Siti Nurhaliza beri bayangan bakal buat ‘kejutan’ sempena 30 tahun dalam industri
Selepas tonton filem dokumentari Rossa, Siti Nurhaliza dapat inspirasi untuk berkongsi kisah perjalanan seninya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit dalam dagangan berhati-hati menjelang pembentangan Belanjawan 2025 hari ini.
Kerajaan disaran laksanakan sistem penggal tetap Parlimen
Ia bagi memastikan sesebuah kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya dapat mengekalkan mandat rakyat selama lima tahun.
PRU15: Pulangkan mandat secepat mungkin, wujudkan kerajaan yang lebih stabil - Pemuda UMNO
Tidak mungkin parti kerajaan lain yang merupakan seteru politik UMNO seperti Bersatu dan PN akan terus bersama BN, kata Asyraf Wajdi.
PRN Sarawak: 'Saya bukan diktator, tadbir Sarawak tanpa mandat rakyat' - Abang Jo
Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan bahawa beliau bukan seorang diktator yang mahu memerintah negeri ini tanpa kuasa atau mandat rakyat.
PRN Melaka: 'Saya kembalikan mandat ini kepada rakyat' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau mengembalikan mandat kepada rakyat melalui pilihan raya sebagai penyelesaian kemelut politik di Melaka.
PRN Melaka: 'Saya yakin pengundi beri peluang PN mentadbir Melaka' - Azmin
Jelasnya, gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan dalam Perikatan Nasional mempunyai kriteria terbaik untuk rakyat.
Henti percaturan politik, tumpu mandat rakyat - Ahmad Maslan
Tsunami politik pada PRU14 lalu sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik untuk tempoh masa yang panjang sehingga kini perlu dijadikan iktibar.
Serahkan balik mandat kepada rakyat, jalan penyelesaian kemelut politik Melaka - Sulaiman
Bagi Sulaiman, hanya mandat rakyat dapat menyelesaikan kemelut politik yang tidak berkesudahan itu.
Pendirian UMNO Sabah junjung mandat rakyat - Hajiji
Mandat rakyat Sabah yang memilih GRS sebagai kerajaan harus dijunjung sepenuhnya bagi keluar dari krisis pandemik COVID-19.
UMNO Sabah kekal dengan GRS, pentadbiran negeri berjalan seperti biasa - Bung Moktar
UMNO Sabah kekal dengan pendirian bersama rakan komponen dan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk mempertahankan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Apa yang jadi di Semenanjung, GRS pertahankan mandat rakyat
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil pendekatan untuk terus mempertahankan mandat rakyat negeri ini selepas pilihan raya lalu.