BETAPA agung dan sucinya cinta pemuda ini yang menikahi isterinya walaupun ketika itu isterinya sedang bertarung nyawa berhadapan serangan kanser.
Namun itu bukan halangan buat jejaka bernama Azam membuktikan cinta dengan ikatan sah sebagai suami isteri.
Bagaimanapun saat bahagia mereka itu hanya seketika, tidak lebih dua hari apabila si isteri, Fatin Nur Syahirah dijemput pencipta.
Ikuti tulisan abang kepada Fatin, Yusri Yusof menerusi posting di Facebooknya semalam.
*إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ*
Hari ini, adik perempuan, Fatin Nur Syahirah telah pulang menyahut panggilan Ilahi yang ternyata lebih sayang kepada arwah Syahirah atau dalam keluarga kami lebih mesra dipanggil kakak.
Dia anak perempuan pertama dan adik beradik keempat dari lima beradik.
For most, people will say she lost her battle with cancer.
Tapi ini bukan sebarang kanser, ini mesenchymal chondrosarcoma, sejenis kanser yg rare, menyerang soft tissue dan cartilage.
Tumor yg sgt agresif dan tiada belas kasihan untuk tubuh seorang gadis yang baru berumur awal 20-an.
Tapi bagi kami kakak won her battle with this cancer. Sejauh mana pun agresif kanser ini tapi dia tak pernah give up.
Tak pernah menyerah kalah. Kakak sangat kuat dan tak pernah merungut. Dua major surgery September 2017 dan Februari 2018 dgn bukaan lebih panjang dari C-section.
Kakak terus berjuang melawan mesenchymal chondrosarcoma, dan pada masa yg sama tetap positif dan jarang sekali mengalirkan air mata.
Kakak kuat sebab dia cinta Allah dan Rasul, kakak kuat sebab kami sekeluarga cintakan kakak.
Tapi kakak lebih kuat sebab ada cinta dari anak muda bernama Azam.
Azam yang sanggup menerima keadaan kakak dan ingin menjadikan Syahirah sebagai isterinya.
June 2018, lepas Aidilfitri mereka bertunang dgn niat untuk bernikah pada 18 Ogos ni sebelum Aidiladha.
Tapi apa kan daya kesihatan kakak merosot secara mendadak dalam tempoh seminggu ketika aku ada kat Korea.
Lumpuh apabila kanser menyerang tulang belakang, pernafasan kakak pun amat terganggu.
Tapi perancangan ALLAH maha hebat dan DIA izinkan majlis pernikahan mereka berdua.
Akhirnya Azam dan Syahirah pun sah bergelar sebagai suami isteri setelah bernikah di rumah pada 3 Ogos 2018.
Dan hari ini kakak meninggalkan kami semua, selama-lamanya.
Aku sembang-sembang dengan adik ipar baru, Azam dan dia dengan air mata bergenang ucap terima kasih kerana benarkan dia keluar dengan Syahirah sebelum-sebelum ini.
Sambil air mata kami mengalir di pipi, aku cakap kat Azam "takde apalah benda kecik ja tu. Walaupun Syahirah dah takde, kita tetap adik beradik.
"Kalau nak datang rumah bila-bila mai ja Azam."
Siapa sangka, aku dan adik ipar turun dalam liang lahad untuk sambut jenazah adik dan isteri yang diturunkan oleh ahli keluarga yang lain. Allahuakbar.
Al Fatihah buat kakak, Fatin Nur Syahirah..
BACA: Bersemangat siapkan hantaran kahwin, sempat menjadi isteri, redha dipanggil Ilahi
Sinar Harian
Sun Aug 05 2018
Serangan kanser bukan halangan buat jejaka bernama Azam membuktikan cinta dengan ikatan sah sebagai suami isteri. - sinarharian.com.my
Lega tambahan RM100 dalam sara, beli keperluan asas
Langkah kerajaan meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) nyata memberi kelegaan kepada golongan penerima, khususnya kumpulan miskin dan miskin tegar.
Pengarah Majlis Bandaraya Diraja Klang didakwa terima suapan RM3,500
Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,500, enam tahun lepas
Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta
Keputusan sama ada balu bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin boleh merujuk persoalan undang-undang berkenaan pertuduhan yang dihadapi berpelembagaan atau sebaliknya pada 18 Feb depan
"Belum pilihan raya lagi, dia boleh hidup dengan angan-angan dia" - Fahmi
"Belum pilihan raya lagi, dia boleh hidup dengan angan-angan dia," jelas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bagi menjawab kenyataan yang dimuat naik oleh Tan Sri Annuar Musa di Facebook beliau. #AWANInews
Trafik penumpang udara Malaysia 2024 meningkat 14.3 peratus
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Titah Adendum: "Tidak dibincangkan, Kabinet tidak arahkan" - Fahmi
Kabinet tidak membincangkan atau mengarahkan Peguam Negara untuk memohon perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan Titah Adendum. #AWANInews
Malaysia berhasrat anjur kejohanan berbasikal Piala Negara-Negara UCI 2026
Malaysia nyata hasrat untuk menganjurkan satu daripada tiga pusingan kejohanan berbasikal trek Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) tahun depan.
AWANI Ringkas: Usaha tambahan 10,000 jemaah haji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan
Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan.
Bekas CEO Tabung Haji Nik Hasyudeen Yusoff dilantik ahli Lembaga Pengarah SC
Bekas Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Rasuah PRU14: Sivarraajh akan dipanggil beri keterangan - SPRM
Keterangan beberapa saksi sedang diambil sebelum pihaknya memanggil Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC itu.
Ini 10 azam paling popular untuk tahun 2016
Beberapa syarikat antarabangsa membuat kajian tentang azam apa yang popular dikalangan orang ramai untuk tahun ini.