Kira-kira satu juta pekerja sektor pelancongan di Malaysia dijangka hilang pekerjaan pada tahun ini susulan penularan jangkitan COVID-19 yang memberi kesan kepada ekonomi dunia.
Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, industri itu juga merekodkan kerugian kira-kira RM20 bilion dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Beliau yang menyatakan kebimbangan dengan perkembangan itu menyifatkan angka itu sebagai 'menakutkan'.
"Daripada data kementerian, kira-kira 17,000 pemandu pelancong barangkali tergolong dalam kategori ini.
"Ini belum mengambil kira keluarga dan anak-anak mereka," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Jumaat.
Ekoran itu katanya, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menerusi Jawatankuasa Tindakan Pemulihan Pelancongan (TRAC) telah mengadakan pertemuan dengan beberapa agensi kerajaan bagi membincangkan tindakan dan strategi susulan ketika krisis ini.
Antara pelan pemulihan itu katanya, adalah termasuk memperkenalkan inisiatif berteraskan pendigitalan komunikasi seperti program latihan pelancongan secara dalam talian, Virtual Advisory Clinic bagi penggiat industri pelancongan, kelas muzik, tarian secara dalam talian, pameran maya, menyediakan paltform e-pemasaran seperti e-Kraf Bazar dan GoGallery.My.
Antara lain katanya, kementeriannya juga sedang mengadakan perbincangan untuk memberi pengecualian cukai kepada pemandu pelancongan.
"Selain itu, dalam pertemuan dengan Menteri Kewangan pada 31 Mac lalu, saya telah menyampaikan hasrat dan cadangan kementerian dan para penggiat industri supaya dimasukkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan.
Dalam perkembangan berasingan, beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong memberi jaminan bahawa penuntut Sarawak yang masih berada di universiti masing-masing di Semenanjung susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan pulang ke kediaman atau kampung halaman mereka sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Kita sedang mengatur proses perjalanan membabitkan lebih 6,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di sini bagi mengelakkan mereka transit di beberapa lokasi," katanya lagi.
Umavathi Ramayah
Fri Apr 24 2020

Nancy Shukri menyifatkan jumlah mereka yang kehilangan kerja sebagai menakutkan. - Gambar fail

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Pemimpin wanita Sarawak harap PM baharu laksana tanggungjawab dengan baik
Datuk Seri Nancy Shukri berharap perdana menteri baharu nanti dapat menerajui pentadbiran Malaysia selain melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

COVID-19: 1 juta pekerja sektor pelancongan bakal hilang pekerjaan - Nancy
Kira-kira satu juta pekerja sektor pelancongan di Malaysia dijangka hilang pekerjaan pada tahun ini susulan penularan jangkitan COVID-19 yang memberi kesan kepada ekonomi dunia.

Saya masih lagi Nancy yang sama - Nancy Shukri
Dengan pelantikan itu, beliau berazam untuk menampilkan penyelesaian berkesan dan langkah ekonomi jangka panjang, untuk menguruskan pelancongan negara yang kini berhadapan cabaran getir.