ASEAN dan China komited dalam mengurangkan kesan penularan jangkitan COVID-19 terhadap pembangunan ekonomi dan sosial di semua negara terjejas, demikian menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China mengenai Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) di Vientiane pada Khamis.
Menteri-menteri luar ASEAN dan China berkata mereka akan mengekalkan aktiviti pertukaran rakyat-ke-rakyat, perdagangan dan pelaburan selain meneruskan serta mempertingkat pertukaran dan kerjasama di rantau ini berdasarkan kemajuan dalam langkah pencegahan serta pengawalan wabak itu.
"Perusahaan yang terjejas akibat wabak ini terutama yang bersaiz mikro, kecil dan sederhana akan menerima bantuan sewajarnya, termasuk melalui promosi ekonomi digital seperti digariskan di bawah Kerjasama Ekonomi Tahun Digital ASEAN-China bagi memudahkan aktiviti ekonomi semasa penularan wabak.
"Kami bertekad untuk terus bekerjasama dalam menangani penyakit berbahaya ini dan kesan buruk COVID-19," menurut kenyataan itu.
BACA: COVID-19: ASEAN tingkat kerjasama bidang kesihatan
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar China Wang Yi dan Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin. Turut hadir Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah.
Kesemua menteri luar itu berkata mereka akan memberi taklimat kepada pemimpin masing-masing mengenai keputusan mesyuarat tersebut dan menyambut baik bimbingan mereka mengenai kertas cadangan.
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 ASEAN tingkat kerjasama
Mereka juga bersetuju memperkukuh kerjasama dalam mekanisme yang diterajui ASEAN dan dengan rakan-rakan luar bagi menangani COVID-19 secara menyeluruh dan berkesan dengan mengambil kira tahap pembangunan kesihatan yang berbeza di rantau ini.
"Kami akan memperkukuh kerjasama dalam komunikasi risiko serta kesediaan penglibatan komuniti dan maklum balas bagi memastikan bahawa orang ramai dimaklumkan secara tepat dan terperinci mengenai COVID-19 dan tidak dikelirukan oleh maklumat salah serta berita palsu berkaitan COVID-19," menurut kenyataan itu.
BACA: COVID-19 boleh dikawal dan diubati - Menteri Luar China
Menteri-menteri luar ASEAN dan China mengatakan bahawa mereka akan memperkukuh dialog dasar serta pertukaran mengenai perkembangan terkini COVID-19, termasuk kawalan dan rawatannya, selain kajian dan penyelidikan yang berkaitan menerusi mekanisme sedia ada untuk melaksanakan sepenuhnya MOU ASEAN-China mengenai Kerjasama Kesihatan, dan menyokong lebih banyak projek usaha sama yang telah dipersetujui.
"Semua pihak harus terlibat dalam pertukaran data dan teknologi yang relevan, pengalaman dan pembinaan kapasiti termasuk latihan kakitangan kesihatan dan perubatan, lawatan bersama pakar perubatan dan pekerja kesihatan lain serta kemungkinan mengadakan Bengkel ASEAN-China mengenai Kakitangan Kecemasan Kesihatan, memperkukuh kerjasama antara Pusat Kawalan Penyakit dan institusi yang relevan di ASEAN dan China," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 20 2020

Saifuddin (kiri) menyertai sesi foto bersama menteri-menteri luar pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China mengenai COVID-19 di Vientiane, 20 Feb, 2020. Foto Wisma Putra

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA