Seorang pengusaha restoran di Jalan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, Ipoh kecewa apabila menjadi 'mangsa' gara-gara ada pihak menuduh premis makanannya adalah kafe yang dikunjungi seorang wanita yang dikuarantin kerana COVID-19 atau lebih dikenali dengan 'makcik gelang pink'.
Mohd Khirul Adnan Hamid, 32 tahun, berkata, premisnya, Restoran Pokok Belacan bukan kedai makan yang dikunjungi wanita berusia 72 tahun itu seperti yang tular di media sosial.
Susulan itu, dia mengalami kerugian besar apabila ramai pengunjung yang takut untuk makan di restoran itu.
Pada status terbaharu restoran itu di laman sosial Facebook, ia berkongsi dua foto yang memaparkan hidangan lauk-pauk yang tidak habis dijual kerana menjadi mangsa tuduhan berkenaan.
Semuanya disebabkan satu mesej yang menyatakan "cuba elak pergi ke lokasi ini" dengan menyenaraikan tiga lokasi jangan kunjung kerana pernah dikunjungi 'makcik gelang pink' termasuk restorannya telah dikongsi kebanyakan aplikasi kumpulan Whatsapp sejak beberapa hari lalu.
Menurut Adnan, sejak beberapa hari lalu, kesan daripada itu juga, hasil jualan makanan jatuh sehingga 80 peratus setiap hari.
"Hasil jualan makanan jatuh 80 peratus setiap sejak semalam. Malah, pelanggan tetap juga tidak lagi berkunjung ke restoran saya.
"Biasanya beratus pelanggan sehari, namun, hari ini ramai takut nak datang makan sebab mesej tular berkenaan. Padahal bukan salah saya, dan bukan restoran saya pun," katanya semasa dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: Wanita pakai 'wristband' COVID-19 makan di kafe, cetus kebimbangan netizen
BACA: Wanita 'gelang pink' sedang dirawat di hospital
Malah, katanya kesannya bukan sahaja dialami dia sendiri, namun kebanyakan premis makanan di Bandar Meru Raya sendiri.
"Mesej itu tular di Kumpulan Whatsapp, nama restoran saya disebut agar jangan dikunjungi. Rakan-rakan saya yang berniaga di kedai makan juga terkesan.
"Ia memberi kesan kepada peniaga lain juga yang dekat dengan Restoran Pokok Belacan. Ada yang tak nak hantar anak tuisyen yang ada dekat-dekat sini. Fitnah ini teruk dan libatkan umum," ujarnya lagi.
Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat pada Rabu bagi membersihkan nama dan restorannya.
Melalui laporan itu, dia memohon polis melakukan siasatan ke atas individu yang bertanggungjawab menularkan perkara tidak benar di media sosial kerana menjejaskan perniagaannya.
Malah kata Adnan, jika keadaan itu berterusan dalam masa seminggu lagi, dia mungkin menutup operasi kedainya sementara waktu.
"Saya ada 12 orang pekerja. Kalau perkara ini berlarutan, sebab saya terpaksa bayar gaji juga dan kos bahan mentah perlu ditanggung, jadi saya tak tolak kemungkinan untuk tutup operasi restoran buat sementara ," tambahnya.
Justeru, Adnan berharap semua pihak agar tidak terus menularkan perkara yang tidak benar mengenai restoran di Bandar Meru Raya kerana ia hanya akan menjejaskan punca pendapatan kebanyakan peniaga yang tidak bersalah.
Dalam pada itu, kafe yang dikunjungi 'makcik gelang pink' sebelum ini dilaporkan telah mula dibuka selepas proses sanitasi selesai dan premis itu juga mengalami nasib sama.
Rahimah Abdullah
Fri Jul 24 2020
Seorang pengusaha restoran di Jalan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, Ipoh kecewa apabila menjadi 'mangsa' gara-gara ada pihak menuduh premis makanannya adalah kafe yang dikunjungi seorang wanita yang dikuarantin kerana COVID-19. - Foto Astro AWANI
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?