“Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang.”
Demikian nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19 di dalam negara pada Isnin malam.
Beliau berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac di seluruh negara itu adalah bagi menyekat penularan wabak COVID-19 dalam masa terdekat.
“Kita melihat beberapa buah negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan COVID-19.
“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi.
“Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa,” kata Muhyiddin.
BACA: Ucapan penuh: Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai COVID-19
Muhyiddin juga merayu agar rakyat sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dilaksanakan bermula Rabu, 18 Mac hingga 31 Mac ini.
“Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.
“Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak COVID-19.
“Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak COVID-19 dari semasa ke semasa,” tambahnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok (Selasa).
Isabelle Leong
Mon Mar 16 2020

MUHYIDDIN: 'Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi.' - Foto Astro AWANI

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Banjir: Terengganu kini dalam tempoh 'bertenang'
Keadaan monsun telah bergerak ke Bornei iaitu Sabah dan Sarawak di mana kedua-dua negeri ini telah menerima hujan lebat ketika ini.

Mohon beri ruang dan masa kepada Muhammad Syafiq - Bapa
Anaknya belum bersedia berkongsi tragedi hitam yang menimpanya dan keluarga selepas mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap.

Amanah minta ahli bertenang menjelang 13 Oktober
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata pihak yakin Yang di-Pertuan Agong cukup arif dalam menguruskan perkara ini.

COVID-19: Jangan panik, patuhi Perintah Kawalan Pergerakan - Muhyiddin
Muhyiddin merayu agar rakyat sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dilaksanakan bermula Rabu, 18 Mac hingga 31 Mac ini.