Kerajaan negeri Johor akan mengkaji sama ada terdapat keperluan untuk menurunkan kadar cukai hiburan taman tema terhadap pelancong asing susulan penularan jangkitan COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Liow Cai Tung berkata bagaimanapun, segala keputusan serta pendekatan berhubung perkara itu akan diambil setelah pakej rangsangan ekonomi yang bertujuan mengurangkan impak ekonomi luaran susulan penularan jangkitan COVID-19 diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 27 Feb depan.
"Saya memang terima maklum balas daripada mereka (pemain industri taman tema) berkaitan cukai hiburan yang akan dikenakan kepada pelancong asing.
"Perkara ini juga saya telah bangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan kita akan mengkaji berapa banyak penurunan jumlah pelancong, (selepas itu) baru kita buat keputusan," katanya dalam sidang media selepas penutupan sesi Dialog Awam Jawatankuasa Tindakan Pemulihan Pelancongan di sini pada Ahad.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Mohd Zamri Mat Zain dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof.
Liow berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada terdapat pemain industri pelancongan di Johor yang mengutarakan kepada kerajaan negeri mengenai pelepasan cukai susulan penularan COVID-19.
Sementara itu, berucap pada majlis berkenaan, beliau berkata pemain industri perlu menukar strategi, berusaha serta memberi tumpuan kepada sektor pelancongan domestik selain merangka pakej kreatif dan istimewa bagi menarik pelancong tempatan.
Justeru, Liow berkata kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah untuk menarik kedatangan pelancong.
"Kerajaan negeri Johor telah menjalankan jerayawara publisiti bersama Tourism Johor bagi Tahun Melawat Johor bersama Sekretariat Sukan Malaysia Johor 2020 di kawasan tumpuan iaitu Perak bulan ini dan beberapa negeri lagi bagi mempromosi Johor bulan depan.
"Malah Tourism Johor juga mengambil pendekatan bersama blogger dan juga pempengaruh media sosial tempatan untuk mempromosi lebih banyak tempat menarik di negeri ini... ini adalah antara usaha yang dijalankan untuk menarik pelancong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 23 2020
Tourism Johor juga mengambil pendekatan bersama blogger dan juga pempengaruh media sosial tempatan untuk mempromosi lebih banyak tempat menarik. - Gambar hiasan
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
IPO Oriental Kopi dilebih langgan hampir sembilan kali
Tawaran awam permulaan syarikat itu, yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 23 Januari depan, menarik minat runcit bernilai RM1.61 bilion.
Dagangan saham MAHB demi mencapai sasaran dividen, kata KWSP
KWSP berkata, tawaran pembelian saham MAHB melalui konsortium baru-baru ini juga selaras dengan perancangan jangka panjangnya untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.
Pesara Komander TLDM didakwa 89 tuduhan tipu lebih RM1 juta
Dia didakwa menipu Kapten TLDM dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa pelbagai kerja perolehan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera, KD Sultan Ismail telah selesai dilaksanakan.
Rangkaian 5G kedua: U Mobile mungkin pertimbang penggabungan
Hong Leong Investment Bank menjangka, saiz dan kekuatan kewangan terhad U Mobile mungkin menyebabkannya berdepan kesukaran untuk melaksanakan projek 5G kedua negara secara bersendirian.
Kenaikan tarif elektrik dijangka pacu permintaan tenaga boleh diperbaharui
Firma penyelidikan RHB Research menjangka, permintaan juga dijangka disokong oleh pelancaran subsektor RE baharu oleh bursa tempatan.
Blogger bebas tuduhan buat, hantar video jelik terhadap Ismail Sabri dan UMNO
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Jufazli di akhir kes pendakwaan.
Saman fitnah Hsien Loong: Defendan tidak akan jadi saksi
Kedua-dua pihak masing-masing akan mengemukakan penghujahan bertulis mereka dan mahkamah akan bersidang semula pada 30 Nov.
COVID-19: Johor akan kaji keperluan turunkan kadar cukai hiburan taman tema
Segala keputusan serta pendekatan berhubung perkara itu akan diambil berdasarkan pakej rangsangan ekonomi.
Rusia bakal label wartawan bebas, blogger sebagai ejen asing
Rusia bakal melabel wartawan bebas dan blogger sebagai 'ejen asing' di bawah undang-undang yang baharu dipinda di negara itu.
'Leher penuh 'love bite'? Zara Zya beri amaran pada blogger tabur fitnah
Pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Telenovela 2015, Zara Zya dikatakan bakal mengambil tindakan terhadap blogger yang didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya.
Macam babak drama, dua lelaki lamar wanita sama serentak
Kedua-dua mereka turut membawa sejambak bunga dan melutut di hadapan wanita itu pada masa yang sama.
Papagomo mahu tanding EXCO Pemuda UMNO
Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, menawarkan diri untuk bertanding jawatan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang.
Blogger, pengguna media sosial harus lebih bertanggungjawab - Salleh
Kerajaan akan bertindak untuk kembalikan keadaan sewajarnya dalam penggunaan internet jika blogger dan pengguna media sosial gagal bertanggungjawab.
Polis rekod keterangan Guan Eng berhubung dakwaan anak cabul gadis
Polis hari ini mengambil keterangan daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung dakwaan anaknya mencabul seorang pelajar perempuan, enam tahun lepas.
Azlan Man nafi bersekongkol dengan Tun Mahathir jatuhkan PM
Menteri Besar Perlis nafi tuduhan dan dakwaan blogger Yusman Zahari mengenai keterlibatannya dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.