Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik sebanyak RM662 juta, yang mana kos diskaun bagi negeri Sarawak berjumlah RM122.5 juta dan Sabah RM37.5 juta, kata Menteri Tenaga dan Sumber Manusia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Kos ini akan ditampung oleh kerajaan melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi Semenanjung, manakala bagi Sabah dan Sarawak pula, kos pemberian diskaun akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan, katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Diskaun elektrik sebanyak dua dan 15 peratus untuk tempoh enam bulan bermula April, 2020, yang diumum semasa Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 adalah sebahagian daripada bantuan untuk meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar berikutan kesan penularan wabak COVID-19.
Shamsul Anuar berkata pemberian diskaun sebanyak 15 peratus kepada enam sektor perniagaan terpilih yang menguna pakai tarif perdagangan dijangka memberi impak pengurangan bil elektrik sebanyak RM40 juta untuk tempoh 6 bulan bagi Semenanjung, manakala bagi negeri Sabah, ia akan melibatkan kos sekitar RM20 juta dan negeri Sarawak dianggarkan RM8.5 juta.
Menurutnya, diskaun 15 peratus ini melibatkan 10 ribu pemilik akaun dari enam sektor iaitu pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks membeli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.
"Bagi pengguna komersial, industri dan pertanian pula akan mendapat diskaun dua peratus.
"Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.6 juta pemegang akaun Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan penjimatan bil elektrik dianggarkan berjumlah RM370 juta bagi tempoh 6 bulan," katanya.
Bagi negeri Sabah, katanya, ia akan memberi manfaat kepada sekitar 99,322 pemilik akaun yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM11.5 juta manakala bagi negeri Sarawak pula, ia melibatkan anggaran kos sebanyak RM107.2 juta untuk 100,000 pemilik akaun.
Pengguna domestik atau rumah kediaman pula akan menikmati penjimatan bil elektrik melalui pemberian diskaun dua peratus ke atas penggunaan elektrik bagi tempoh bermula 1 April sehingga 30 Sept, 2020.
"Ini bermakna rakyat akan menikmati diskaun dua peratus dalam tempoh tersebut sebagai tambahan kepada diskaun enam peratus yang telahpun dinikmati oleh pengguna domestik pada masa ini bagi tempoh 1 Jan sehingga 30 Jun, 2020," kata Shamsul Anuar.
Ia dijangka memberi anggaran penjimatan bil elektrik sebanyak RM92 juta kepada kira-kira 7.5 juta pemegang akaun TNB untuk tempoh 6 bulan.
Bagi Sabah, katanya, ia akan memberi manfaat kepada 520,378 pengguna domestik dengan kos dianggarkan sekitar RM5.7 juta manakala bagi Sarawak, ia akan memberi manfaat kepada 585,637 pengguna domestik dengan kos dianggarkan sekitar RM6.8 juta
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 19 2020

Bagi pengguna komersial, industri dan pertanian pula akan mendapat diskaun dua peratus, kata Shamsul. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.

Polis kesan taktik penipuan tawar diskaun bil elektrik di Facebook
Polis sedang mengesan satu sindiket menawarkan diskaun pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) tertunggak yang setakat ini telah mengakibatkan kerugian hampir RM280,000.

Tiada kenaikan tarif elektrik untuk semua pengguna sehingga hujung tahun - Petra
Kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.

Penggunaan elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan - Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Lebih 80 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka.

B40 tarik nafas lega pengumuman ST, mahu terus jimat elektrik
Pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala.

Teknologi solar: Perlu kerjasama perbankan dan industri mudahkan rakyat guna solar
Pihak perbankan dan pemain industri solar dicadangkan menjalinkan kerjasama bagi memudahkan rakyat mendapatkan teknologi solar di negara ini.

Cuaca panas, bil elektrik naik berganda
Bil elektrik meningkat kerana penggunaan kipas dan penyaman udara yang lebih kerap berbanding sebelum ini bagi meredakan bahang panas.

Kerajaan komited laksanakan subsidi secara bersasar - Kementerian Kewangan
Kerajaan komited dalam melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar bagi mengurangkan ketirisan, menurut Kementerian Kewangan.

Curi identiti: TNB cari penyelesaian terbaik, kes sudah difailkan di mahkamah
Kes berkenaan telah difailkan di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, yang menetapkan 26 Julai 2022 sebagai tarikh pengurusan kes.