Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengambil sampel bagi pengesanan COVID-19 ke atas lebih 150 pegawai dan anggota Kapal Diraja (KD) Lekiu yang dijangka berlabuh di Tambatan Pangkalan Kota Kinabalu (TPKK), Sabah, esok selepas tiba dari Busan, Korea.
Menurut Markas Pemerintahan Armada Barat, Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu dengan bantuan Kementerian Kesihatan di Sabah akan membuka empat kaunter pemeriksaan bagi tujuan itu.
Kesemua sampel akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu dengan keputusan dijangka diketahui dalam masa empat hingga 12 jam.
"Dalam tempoh itu, semua warga KD Lekiu akan dikuarantin di dalam kapal dan sekiranya terdapat warga yang positif COVID-19, mereka akan dihantar untuk dikuarantin serta menjalani rawatan lanjut di wad HQE.
"Bagi kru yang negatif, mereka akan terus belayar pulang ke Pangkalan TLDM Lumut sebaik selesai pengisian minyak dan ulang bekal (pengisian bekalan). Sebagai langkah berjaga-jaga, saringan kedua turut dilaksanakan apabila kapal tiba di Tambatan Pangkalan Lumut," menurut kenyataan Markas Pemerintahan Armada Barat di sini, hari ini.
Menurut kenyataan itu, KD Lekiu berlepas dari TPKK pada 5 Feb lepas untuk mengiringi Petronas Floating Liquified Natural Gas 2 (PFLNG 2) dan berlabuh di Jeti Samsung Heavy Industries (SHI), Geoje-Do, Busan, Korea Selatan pada 12 Feb sebelum kembali belayar ke tanah air pada 18 Feb.
Tambah kenyataan itu, TLDM akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dalam memastikan keselamatan warga kapal dan mengelak penularan wabak COVID-19.
"Keluarga warga KD Lekiu dinasihatkan agar bersabar dan mengambil maklum semua prosedur yang perlu diikuti demi memastikan kesejahteraan bersama," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 04 2020

Kesemua sampel akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu dengan keputusan dijangka diketahui dalam masa empat hingga 12 jam. - Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

COVID-19: Lebih 150 pegawai, anggota KD Lekiu dari Korea akan diuji
TLDM akan mengambil sampel bagi pengesanan COVID-19 ke atas lebih 150 pegawai dan anggota Kapal Diraja (KD) Lekiu selepas tiba dari Busan.