Kes baharu jangkitan COVID-19 di negara ini berlegar antara dua dan satu angka sejak Sabtu (6 Jun) hingga Khamis (11 Jun), dengan catatan kes baharu terendah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) direkod pada Rabu lalu iaitu sebanyak dua kes.
Kes melibatkan bukan warganegara dan kes import adalah dua faktor utama menyebabkan berlaku penularan wabak maut ini di Malaysia bagi tempoh rangkuman mingguan.
Daripada 31 kes baharu yang dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari Khamis, 11 adalah kes import dan kesemuanya melibatkan pelajar Malaysia yang kembali dari Mesir. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 8,369.
Baki 20 kes lagi berkaitan penularan tempatan dengan 19 daripadanya jangkitan dalam kalangan bukan warga Malaysia dan hanya satu kes membabitkan warga tempatan, iaitu kes di Selangor bagi saringan pusat tahfiz.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan dalam sidang media harian COVID-19 di Putrajaya, semalam, 11 orang pelajar itu didapati positif COVID-19 selepas saringan kedua dibuat.
Menurut beliau, sejak 3 April sehingga 11 Jun, jumlah rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara dan positif COVID-19 adalah 566 orang termasuk 11 orang yang dilaporkan semalam.
Malaysia juga, katanya akan hanya mengisytiharkan bebas COVID-19 apabila negara ini mencatat sifar kes baharu jangkitan untuk 28 hari berturut-turut.
Sementara itu, 51 orang pesakit COVID-19 dilaporkan pulih, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan discaj wad sebanyak 7,065 kes, iaitu 84.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Jumlah pesakit paling ramai dilaporkan sembuh direkod pada 9 Jun iaitu seramai 281 kes.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 1,186 kes. Hanya lima pesakit positif COVID-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tidak memerlukan bantuan pernafasan.
Tiada kematian berkaitan jangkitan COVID-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat pukul 12 tengah hari ini. Jumlah kematian kekal 118 kes, 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Untuk rekod, Malaysia mencatat kes baharu satu angka buat tiga hari berturut-turut (bagi minggu rangkuman dibuat) iaitu tujuh kes pada 8 Jun, tujuh kes (9 Jun) dan dua kes (10 Jun).
Pada 8 Jun, daripada tujuh kes baharu, dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala lima kes penularan di dalam negara pula adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.
Pada 9 Jun, daripada tujuh kes baharu, enam kes adalah kes import. Untuk 10 Jun, daripada dua kes baharu, satu kes import dan satu lagi kes penularan tempatan membabitkan bukan warga Malaysia.
Kes baharu dua angka dicatat pada Sabtu 6 Jun, 37 kes dan Ahad 7 Jun, 19 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 12 2020


Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.