Malaysia sedang menyediakan aplikasi telefon pintar yang boleh mengesan pergerakan individu dalam usaha mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, aplikasi serupa telah dilancarkan Singapura, yang dirujuk sebagai antara negara yang berjaya membuat pengesanan wabak itu menerusi pengesanan kontak.
"Beberapa hari lepas, Singapura melancarkan aplikasi telefon bimbit bernama 'TraceTogether' yang boleh mengesan pergerakan rakyat mereka supaya apabila berlaku kes positif, mereka boleh melihat sejarah pergerakan dan memberi amaran kepada orang lain berhampiran dengan pesakit untuk membuat ujian (saringan)," katanya ketika menjadi moderator forum dalam talian di Facebook rasmi MOSTI pada Khamis.
Forum bertajuk 'Penyesuaian Terhadap Cabaran COVID-19' itu disertai tiga ahli panel yang merupakan Felo Akademi Sains Malaysia, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud (pakar epidemiologi); Prof Dr Shamala Devi Sekaran (pakar imunologi dan virologi); dan Prof Dr Mahendhiran Sanggaran Nair (data sains dan statistik).
Dilancarkan pada 20 Mac lepas, aplikasi TraceTogether boleh mengesan individu yang berada dalam jarak dua meter daripada pesakit COVID-19 sekurang-kurangnya selama 30 minit, menggunakan teknologi isyarat Bluetooth.
Pembangun aplikasi itu berkata ia berguna apabila mereka yang dijangkiti tidak ingat siapa yang mereka berhubung rapat untuk tempoh tertentu.
Sementara itu, Mahendhiran berkata pelaksanaan aplikasi seperti itu perlu selaras dengan peraturan yang berkesan selain mendidik orang ramai mengenai pentingnya penggunaan teknologi dan data dalam industri kesihatan.
"Ia mengenai mendidik penduduk tentang bagaimana data digunakan, banyak kesedaran, dan mempunyai rangka kerja pengawalseliaan mengenai siapa yang melihat dan menggunakan data, dalam keadaan apa," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020
Khairy Jamaluddin berkata, aplikasi serupa telah dilancarkan Singapura, yang dirujuk sebagai antara negara yang berjaya membuat pengesanan wabak itu menerusi pengesanan kontak. - Gambar Astro AWANI
Pemberi maklumat kongsi kepada umum jejas proses siasatan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tindakan segelintir pemberi maklumat mendedahkan salah laku mana-mana pihak kepada umum sebelum dibawa kepada pihak berkuasa dikhuatiri boleh mengganggu siasatan.
3 penjawat awam antara 5 individu ditahan terlibat rasuah RM1 juta
: Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai kira-kira RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan di sekitar Pantai Timur dan Selatan Tanah ditahan reman tujuh hari bermula Rabu.
Empat maut dalam nahas pesawat di Filipina
Nahas pesawat peribadi di selatan Filipina mengorbankan empat individu setakat ini. Perkara itu disahkan pihak berkuasa penerbangan awam Filipina dalam kenyataan pada Khamis. Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam dua petang di pekan Ampatuan yang terletak di wilayah Maguindanao del Sur.
Polis tahan lapan individu, tumpaskan penipuan pelaburan saham
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham yang menjadikan tiga unit kondominium di Sri Petaling, sebagai pusat panggilan dengan penahanan lapan individu, pada Selasa.
Polis kesan suspek utama kes kelar peniaga
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki suspek utama kes kelar seorang peniaga di sebuah pangsapuri di Bandar Baru, Air Itam Ahad lepas.
AWANI Ringkas: Tembakan | Mahkamah | Rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amnesty International kecam cadangan Trump pindahkan rakyat Palestin sebagai "keterlaluan"
Amnesty International menyatakan cadangan Donald Trump untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza adalah "keterlaluan" dan "satu pencabulan undang-undang antarabangsa.
Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam
Beberapa jalan utama di bandar raya George Town akan ditutup mulai 10 pagi 10 Feb hingga 12 tengah malam 12 Feb, bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan perak sempena Thaipusam.
AWANI Borneo [6/2/2025] – Lokasi kritikal dikenal pasti | Tangani isu kulat | Empat dalang ditahan
AWANI Borneo Khamis, 6 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.
Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB
Untuk menggunakan aplikasi BIMB, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini, atau Android 10 dan terbaru.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun
Aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma.
Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia
Melalui kemas kini terbaharu juga, ia dilihat telah mula memahami input bahasa Malaysia.
Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas
Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini.
Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK
Hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.
Guna data pendaftaran kenderaan milik golongan sasar, elak ketirisan subsidi diesel - MCW
Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel umemerlukan pelaksanaan teliti dan kawalan ketat bagi mengelakkan ketirisan.
Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024
Sebagai ganti, Google meminta pengguna menggunakan aplikasi utama YouTube pada televisyen.
Think Quran lain daripada yang lain
Jelas Mawi, tidak banyak aplikasi yang menawarkan perkhidmatan memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca seperti terdapat pada Think Quran.